Semua kategori : A B dan C lelaki dan perempuan
Setiap rumah sukan terdiri daripada 5 orang peserta.
Semua peserta wajib memakai pakaian sukan sekolah.
gelung rotan
bola keranjang
Peserta pertama akan mengambil bola dari garisan permulaan dengan menggunakan gelung.
Bola mesti dibawa atau ditarik menggunakan gelung sahaja, tidak boleh dipegang dengan tangan.
Bola dibawa ke arah bekas sasaran pasukan masing-masing.
Setelah bola berjaya dimasukkan ke dalam sasaran, peserta menyerahkan gelung kepada peserta seterusnya.
Jika bola terlepas / tersasar di tengah jalan, peserta mesti mengutipnya semula menggunakan gelung ( tidak boleh menggunakan tangan ).
Aktiviti diulang sehingga masa pertandingan tamat atau semua bola berjaya dipindahkan.
Peserta tidak dibenarkan menghalang, menolak atau mengambil bola daripada pasukan lawan.
Pemenang ditentukan berdasarkan:
Kumpulan yang berjaya menghabiskan kesemua 5 peserta diikuti kedua ketiga dan keempat.
Mana-mana peserta yang melanggar peraturan atau bertindak kasar akan menyebabkan kumpulannya dikenakan penalti atau dilucutkan kemenangan.
Keputusan pengadil adalah muktamad.