Semua kategori : A B dan C lelaki dan perempuan
Setiap rumah sukan terdiri daripada 5 orang peserta.
Semua peserta wajib memakai pakaian sukan sekolah.
gula-gula
tepung
pinggan
Peserta pertama akan mencari gula-gula di dalam tepung menggunakan hidung dan mulut sahaja.
Peserta perlu membawa gula-gula dan letakkan ke dalam pinggan yang berada di hadapan.
Setelah selesai, peserta seterusnya akan menyambung perlakuan yang sama
Peserta perlu mengulangi giliran sehingga 5 minit masa permainan.
Peserta hanya boleh mengambil satu sahaja gula-gula dalam satu masa.
Peserta dilarang menolak, menghalang atau melakukan sebarang tindakan yang boleh mencederakan pihak lawan.
Pemenang ditentukan berdasarkan:
Kumpulan yang berjaya mengumpul gula-gula yang paling banyak diikuti kedua ketiga dan keempat dalam masa 5 minit permainan.
Mana-mana peserta yang melanggar peraturan atau bertindak kasar akan menyebabkan kumpulannya dikenakan penalti atau dilucutkan kemenangan.
Keputusan pengadil adalah muktamad.