PERPUSTAKAAN KPM
PERPUSTAKAAN KPM
Perpustakaan KPM di kawal selia oleh Unit Pembangunan Koleksi, Sektor Repositori dan Pembangunan Kualiti di bawah Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP). Pusat Rujukan KPM ditubuhkan secara rasminya pada 6 Januari 1983 dan menjadi Perpustakaan KPM pada tahun 2010. Perkembangan Perpustakaan KPM bermula apabila wujudnya pangkalan data tesis Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 1995. Kini Perpustakaan KPM telah melangkah ke arah Perpustakaan (Digital Library) dengan penggunaan Sistem ELIAS Content Knowledge Management System (EKCMS) mulai tahun 2017.