Lencana ini dianugerahkan kepada seseorang budak sebagai mengakui bahawa ia adalah seorang Ahli dalam Persaudaraan Pengakap Malaysia dan Sedunia yang luas itu. Sebelum dilantik menjadi Pengakap seseorang perlu mempunyai ilmu asas serta pengalaman asas tentang berpengakap.
Pilih 4 ikatan sahaja (Buku Sila (Reef Knot) / BungaGeti (Sheet Bend) / Simpul Manuk (Clove Hitch) / Tindih Kasih (Bowline) / Lilit Dua Simpul (Round Turn & Two Half Hitches ) / Lilit Pemati Biasa (Common Whipping) yang terdapat di dalam lencana keahlian dan muat naik ke facebook @ instagram video tersebut dengan berpakaian lengkap uniform pengakap dan sila pastikan anda meletakkan tanda pagar (hashtag) #pengakaptitiwangsa #pengakapmudatitiwangsa untuk penilai memberikan penilaian. Anda akan mendapat komen " Tugasan 2 diterima, tahniah" bermaksud penilai telah melihat hasil kerja anda. Sila berikan pautan sahaja semasa menghantar tugasan.
Sila tekan untuk menghantar tugasan
Pastikan kamu telah mempunyai 1 SIJIL PEGESAHAN TUGASAN sebelum memohon.
Rujuk Semakan No Siri untuk mengetahu keputusan ujian. Jika LULUS, No Siri Sijil akan dikeluarkan dan E-SIJIL LENCANA KEAHLIAN yang diterima adalah SAH. Jika SEMAK SEMULA, sila ulang kembali tugasan yang perlu diperbetulkan. Penilai akan menyemak kembali tugasan yang diperbetulkan untuk pengesahan anda LULUS.