LENCANA WAJIB - Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Muda sebagai mengakui pengetahuan dalam berkhemah dengan darjah perkhemahan paling tinggi, mengetahui langkah-langkah keselamatan berkhemah, memasak dan menghidang masakan panas dan sebagainya.
Setelah selesai tugasan ini, kamu hanya mendapat SIJIL PRA sahaja. Segala laporan dan penulisan buku log perlu diserahkan kepada pemimpin untuk penilaian akhir sebelum kamu dianugerahkan sijil dan lencana ahli berkhemah.
Rujuk Semakan No Siri untuk mengetahu keputusan ujian. Jika LULUS, No Siri Sijil akan dikeluarkan dan E-SIJIL LENCANA AHLI BERKHEMAH yang diterima adalah SAH. Jika SEMAK SEMULA, sila ulang kembali tugasan yang perlu diperbetulkan. Penilai akan menyemak kembali tugasan yang diperbetulkan untuk pengesahan anda LULUS.