Lencana Kepandaian - Kategori Pengetahuan
Muka surat 3-Biodata Diri (bersama gambar berukuran passport beruniform pengakap-jika ada)
Nama penuh
No Mykad
Nama Patrol
Nama Sekolah
Nombor Kumpulan
Nama Daerah
Nama Negeri
Jawatan dalam patrol
Tingkatan / Kelas
Nama Pemimpin
Muka surat 5-TAJUK LENCANA yang akan dilaksanakan
Muka surat 7 dan seterusnya adalah penulisan buku log. Jika ada gambar berkaitan, sila masukkan untuk pembuktian aktiviti yang dijalankan.
Peringatan: Sila pastikan penulisan buku log adalah kemas dan teratur dan kamu dibenarkan untuk mempamerkan hasil kreativiti yang tinggi dalam menyediakan buku log.
Telah berkhemah dalam patrol sejumlah sekurangkurangnya 12 malam.
Menulis di dalam buku log mengikut laporan seperti ini --> https://bit.ly/2X0zv12
Mendiri, meroboh dan menggulungkan khemah pengembara.
Menunjukkan cara perkara yang dinyatakan di dalam buku log.
Mengarah dengan jayanya kerja mendiri, meroboh dan menggulungkan sebuah khemah patrol.
Memberikan gambar-gambar (2 gambar) program perkhemahan yang telah disertai bersama ahli patrol.
Mengetahui perkara mustahak yang perlu dipertimbangkan apabila memilih tempat untuk tapak perkhemahan.
Menulis perkara yang perlu dipertimbangkan untuk memilih tapak perkhemahan.
Mengetahui prinsip berkenaan dengan kebersihan dan keselamatan dalam perkhemahan.
Menulis langkah-langkah kebersihan dan keselamatan sepanjang perkhemahan.
Menunjukkan cara menyimpan bahan makanan di khemah kuartermaster.
Menulis cara menyimpan bahan makanan di tapak perkhemahan.
Membuat sendiri tempat menyimpan bahan makanan, dapur pelantar dan dua gejet lain yang dipilih sendiri dalam perkhemahan.
Melukis gajet tempat menyimpan makanan, dapur dan 2 gajet lagi bagi keperluan sepanjang perkhemahan.
Memasak untuk 2 orang dewasa sama ada masakan panas untuk sarapan pagi atau satu hidangan biasa termasuk sejenis sayur-sayuran.
Menulis menu masakan yang telah dibuat sepanjang program perkhemahan yang telah disertai. Menyatakan nama masakan, bahan-bahan yang diperlukan dan cara untuk memasak berserta dengan gambar masakan.
Mempunyai pengetahuan untuk mencapai darjah perkhemahan paling tinggi.
Menulis pendapat kamu dalam menjadikan sesuatu program perkhemahan selamat, bermanfaat kepada kamu dan penambahbaikan yang perlu dilakukan untuk program perkhemahan yang akan datang.
Setelah selesai penulisan buku log, sila ke tab TUGASAN untuk panduan mendapatkan E-SIJIL LENCANA AHLI BERKHEMAH.