PELANTIKAN GURU PENDAMPING

  1. JPKS melantik guru PPKI sebagai guru pendamping kepada MBK dalam kelas inklusif. Surat pelantikan sebagai guru pendamping dikeluarkan oleh pentadbir sekolah.

  2. JPN/PPD melantik guru PPKI yang akan menjadi Guru Resos untuk sekolah yang mempunyai MBK kurang upaya penglihatan.

  3. Jawatankuasa PIBG boleh melaksanakan “Sukarelawan dalam Kelas” untuk membantu MBK di kelas inklusif (rujuk Surat Pekeliling Ikhtisas KPM. Bil.1 tahun 2018: Garis Panduan Pelibatan Ibu Bapa/ Penjaga dan Komuniti Sebagai Sukarelawan di dalam Kelas (SdK); dan

  4. PKPK/ Penyelaras PPKI perlu merancang, menetapkan, dan mengubah suai jadual untuk guru pendamping dan MBK ke kelas inklusif. Perkara yang perlu diberikan perhatian :

  • Bilangan minit mengajar guru pendamping melibatkan mata pelajaran di PPKI.

  • Waktu mengajar guru pendamping perlu seimbang dengan bilangan minit guru pendidikan khas di PPKI.

  • JPKS melaksanakan aktiviti suai kenal yang bersesuaian.