PENDEKATAN PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF
MBK belajar secara sepenuh masa bersama-sama murid arus perdana. MBK mengikuti pembelajaran bagi semua mata pelajaran akademik berasaskan kurikulum kebangsaan atau kurikulum kebangsaan yang diubahsuai dengan bantuan atau tanpa bantuan perkhidmatan sokongan.
MBK belajar bersama-sama murid arus perdana bagi mata pelajaran akademik atau aktiviti koakademik atau aktiviti kokurikulum tertentu sahaja mengikut keupayaan mereka. MBK yang mengikuti inklusif separa bagi mata pelajaran akademik berasaskan kurikulum kebangsaan atau kurikulum kebangsaan yang diubahsuai dengan sedikit atau tanpa bantuan perkhidmatan sokongan. Inklusif separa bagi aktiviti koakademik atau kokurikulum adalah berdasarkan potensi, bakat dan keupayaan mereka.
MBK belajar di dalam kelas arus perdana bagi sekurang-kurangnya satu mata pelajaran seperti Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Matematik atau mana-mana mata pelajaran lain.
Inklusif separa bukan akademik mengambil kira pelibatan MBK dalam aktiviti kokurikulum dan sosialisasi.
MBK yang mengikuti aktiviti kokurikulum berjadual diambil kira sebagai penglibatan dalam inklusif separa bukan akademik dan data boleh direkodkan dalam sistem Aplikasi Pengurusan Data Murid (APDM).
Merujuk kepada penglibatan MBK dalam aktiviti semasa waktu rehat sekolah, sambutan Hari Guru, Hari Sukan Sekolah, Hari Kantin atau sebarang aktiviti ekstra kurikulum yang memberikan peluang MBK berinteraksi dan bersosial dengan murid arus perdana. Walau bagaimanpaun, MBK yang terlibat dalam inklusif separa sosialisasi tidak direkodkan dalam sistem Aplikasi Pengurusan Data Murid (APDM).