Halusinogen adalah sejenis dadah asli dan sintetik yang mengubah pencerapan deria sensory perception dan pandangan visual. Ia menyebabkan halunisasi sehingga amat susah membezakan antara benar dan tidak benar.
LSD (Lysergic Acid Dierhylamide) • DMT (Dimethyltryptamine) • PCP(Phencyclidine,“Angel Dust”)
• Meskalin • Psilosibin & Psilosin • Ketamin
Pengambilan bahan ini boleh menjadikan penggunanya mengalami perasaan seperti ingin bersosial, tenaga fizikal dan emosi yang meningkatkan dalam tempoh yang singkat serta akan menyebabkan ketagihan jika diambil dalam jangka masa panjang.
Penyalahgunaan bahan ini mengakibatkan kesan buruk seperti kurang pertimbangan dan koordinasi yang boleh menyebabkan risiko kecederaan yang tinggi, tingkah laku yang ganas, paranoia, tertekan dan juga kebimbangan yang melampau.