“DADAH” atau ‘drug’ adalah bahan atau kimia yang amat merbahaya kepada individu yang menggunakannya kerana ia mengubah cara minda dan tubuh manusia berfungsi.
Menurut Kamus Dewan Melayu -Inggeris, ‘Drug’ bermaksud ubat-ubatan. Namun begitu, untuk memberi takrifan penyalahgunaan kepada ‘Drug’ perkataan ‘use’, ‘misuse’ atau ‘abuse’ perlu digunakan bersama-sama dengan perkataan ‘drug’. Contohnya ‘drug abuse’ atau ‘misuse of drug’ yang membawa maksud penyalahgunaan dadah. Dadah merupakan satu istilah khas yang merujuk kepada sejenis bahan yang mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan seseorang dari segi fizikal, mental dan emosi serta tingkahlaku pengguna apabila digunakan. Akibat daripada kesan ini, seseorang yang menyalahgunakan dadah akan menjadi ketagihan dan akan terus bergantung kepadanya.
Mempunyai kesan paling ketara ke atas sistem saraf pusat (otak dan saraf tunjang).
Digunakan bukan untuk tujuan perubatan dan penggunaannya adalah dilarang .
Diperolehi secara haram.
Membawa kepada kebergantungan fizikal dan psikologikal dan meningkatkan daya tahan terhadap dadah;
Mendatangkan kesan-kesan buruk dan bahaya ke atas kesihatan dan fungsi sosial seseorang.
Penagih dadah boleh :
Ponteng sekolah
Disiplin menurun
Tercicir dari persekolahan
Mengasingkan diri dari murid lain
Selalu mengasingkan diri di tempat yang terpencil (bilik stor, tingkat bawah bangunan dsb)
Menunjukkan perubahan sikap dan kelakuan
Penampilan wajah yang tidak terurus dan tahap kesihatan menurun
Hilang selera makan
Berat badan menurun
Penagih dadah juga boleh menunjukkan tanda-tanda berikut :
Mata merah
Bekas suntikan di lengan
Suka berhutang
Mencuri barang yang mudah dijual
1. Lengkapkan diri anda dengan pengetahuan dan sikap yang baik
Mengenali jenis dadah yang menyebabkan ketagihan
2. Hadapi tekanan rakan sebaya dengan berkesan
Bertindak tegas
Belajar bagaimana untuk berkata “TIDAK”
3. Kendali masalah anda dengan berkesan
Belajar bagaimana menyelesaikan masalah
Minta bantuan orang dewasa yang anda percayai
4. Peka dengan persekitaran anda
Memahami bahawa bukan semua tingkah laku orang dewasa boleh ditiru
Pilih kawan yang baik
Elakkan keadaan dan persekitaran yang berisiko