Sejarah PPD

Pada tahun 1973, Pejabat Pendidikan Daerah Besut mula ditubuhkan meliputi daerah Besut-Setiu bertempat di Sekolah Kebangsaan Pusat, Jerteh. PPD Besut kemudiannya ditempatkan di bangunan lama Sekolah Menengah Indera Segara (SMK Nasiruddin Shah), Kampung Alor Lintang pada tahun 1980.

Seterusnya PPD Besut ditempatkan di Bangunan Persekutuan Besut pada tahun 1997 dan kekal hingga ke hari ini. Pada tahun 2014, lokasi cawangan dibuka bagi menampung keperluan penempatan pegawai-pegawai di Bangunan PKG Raja yang dikenali sebagai PPD Annexe.

PPD Besut mula beroperasi sebagai PPD Besut-Setiu bertempat di SK Pusat Jerteh pada tahun 1972 dan ditadbir urus oleh Allahyarham Tn. Haji Hassan bin Said sebagai Penyelia Kanan Sekolah Menengah dan Allahyarham YM Engku Taib bin Engku Ngah sebagai Penyelia Sekolah Rendah. Seterusnya pada tahun 1982, jawatan Pegawai Pendidikan Daerah mula diwujudkan dan ia diisi oleh Datuk Haji Muhamad bin Mustafa sebagai Pegawai Pendidikan Daerah Besut yang pertama. Beliau memimpin 12 orang penyelia dan 2 orang kakitangan sokongan diikuti dengan 11 Pegawai Pendidikan Daerah Besut yang lain pada tahun-tahun berikutnya.

Bermula pada tahun 2012, Pejabat Pendidikan Daerah Besut di bawah kepimpinan Tuan Haji Ab Halim bin Hassan berkembang kepada 32 pegawai, 11 penyelia dan 18 staf sokongan. Di bawah slogan “Besut Jogho, Besut Cakna” kini PPD Besut mengurus dan membimbing 54 buah sekolah rendah dan 21 buah sekolah menengah dalam pelbagai kategori yang dianugerahkan seperti Sekolah Berprestasi Tinggi, Sekolah Kluster Kecemerlangan di samping Sekolah Premier, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama, Sekolah Agama Bantuan Kerajaan dan Sekolah Harian Biasa.


PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH BESUT

BERMULA 1982 – KINI