Piagam Pelanggan
KAMI WARGA PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH BESUT
DENGAN PENUH TEKAD DAN ILTIZAM BERIKRAR DAN BERJANJI
AKAN MENUMPUKAN SELURUH TENAGA DAN USAHA KAMI UNTUK
Memastikan semua kanak-kanak mengikut umur persekolahan yang ditetapkan mendapat tempat belajar di sekolah-sekolah dalam daerah ini.
Memastikan agihan penempatan guru ke sekolah adalah seimbang berdasarkan opsyen, pengalaman dan kepakaran.
Memastikan pertukaran pelajar diuruskan serta merta.
Memberi layanan dan perkhidmatan kaunter yang mesra dan adil sepanjang masa serta jawapan segera kepada setiap pelanggan yang berurusan dengan kami.
Sentiasa menjalin hubungan baik dengan agensi-agensi luar ke arah mencapai wawasan negara.
Memastikan segala aduan pelanggan diselesaikan dan diberi jawapan dalam masa 14 hari bekerja dari tarikh penerimaan.
Sentiasa peka dan responsif terhadap pandangan, cadangan, syor dan teguran yang membina demi meningkatkan prestasi perkhidmatan dan kecemerlangan pendidikan.
Melaksanakan semua dasar yang diarahkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.