Membimbing dan membangunkan Pemimpin Pertengahan (ML) daripada pelbagai aras pencapaian sekolah dalam aspek penyeliaan pengajaran dan pembelajaran.
Menganalisis dan melaporkan pencapaian sekolah dalam memantau kemajuan dan pencapaian murid serta keberkesanan intervensi.
Membimbing dan memberi sokongan kepada guru daripada pelbagai aras pencapaian sekolah dalam aspek kurikulum, pedagogi dan penilaian.
Melaksana program bimbingan dan latihan peningkatan profesionalisme keguruan dalam daerah melalui Perkembangan Profesionalisme Berterusan (CPD) dan Komuniti Pembelajaran Profesionalisme (PLC).
Membimbing perkongsian amalan terbaik mengikut keperluan sekolah; dan
Menggembleng Pemimpin Pertengahan (ML) dan guru-guru yang cemerlang untuk membimbing panitia dalam bidang masing-masing.
Memberi bimbingan dan sokongan kepada: a) sekolah dalam aspek pembangunan dan pelaksanaan program adab dan nilai; dan b) guru dalam aspek kurikulum, pedagogi dan pentaksiran pendidikan Islam.
Mengumpul dan menganalisis data pendidikan Islam di peringkat PPD.
Membimbing dan memberi sokongan kepada: a) pentadbir sekolah dalam aspek pengurusan pendidikan khas; dan b) guru dalam aspek kurikulum dan pedagogi, pentaksiran dan kokurikulum pendidikan khas, dan c) pembantu pengurusan MBK.
Membimbing dan memberi sokongan kepada guru dalam aspek: a) penempatan dan pertukaran persekolahan MBK. b) melaksanakan program transisi MBK. c) kemudahan mesra OKU dan pembangunan kelas pendidikan khas.
Mengumpul dan menganalisis data Pendidikan Khas di peringkat PPD.
Memberi bimbingan dan sokongan kepada guru dalam aspek: a) penguasaan asas literasi dan numerasi; dan b) peningkatan kualiti pengajaran dan pembelajaran pemulihan khas.
Mengumpul dan menganalisis data pemulihan khas di peringkat PPD.
Memberi bimbingan dan sokongan kepada guru dalam aspek: a) pengintegrasian sumber teknologi pendidikan dalam PdP. b) pelaksanaan inisiatif TMK di sekolah. c) penerbitan bahan PdP dalam pelbagai media mengikut piawai yang ditetapkan. d) pembangunan pusat sumber sekolah; dan e) pembudayaan amalan membaca
Merancang, menyelaras, melaksana dan melaporkan pelaksanaan penggunaan teknologi dalam PdP.
*Pewujudan Unit Sumber dan Teknologi Pendidikan di PPD adalah bergantung kepada sekiranya ada PKG
Membimbing dan memberi sokongan dalam membangunkan pemimpin sekolah (Senior Leader Team, SLT) dalam keseluruhan aspek kepimpinan dan pengurusan organisasi sekolah.
Memberi khidmat nasihat kepada pemimpin sekolah (SLT) mengenai program/intervensi yang sesuai berkaitan hal ehwal murid untuk dilaksanakan mengikut keperluan.
Menganalisis dan melaporkan pencapaian dalam memantau kemajuan dan pencapaian murid serta keberkesanan intervensi.
Melaksana program bimbingan dan latihan peningkatan profesionalisme keguruan dalam daerah melalui Perkembangan Profesionalisme Berterusan (CPD) dan Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC).
Memberi khidmat nasihat mengenai pelan penggantian dan pembangunan kapasiti.
Membimbing perkongsian amalan terbaik mengikut keperluan sekolah.
Membimbing dan memberi sokongan kepada sekolah dalam aspek pengoperasian sekolah merangkumi: a) Prasekolah; b) Rendah; c) Menengah; d) Tingkatan 6; dan e) Sekolah Jenis Khas
Memberi bimbingan dan sokongan penyesuaian kepada guru baharu.
Melaksanakan penempatan dan pertukaran guru dalam daerah.
Menyediakan cadangan pemilihan pemimpin sekolah.
Mengumpul dan menganalisis data operasi pengurusan sekolah dalam kawalan PPD. (termasuk swasta dan Pendidikan Khas)
Melaksanakan pendaftaran dan pertukaran murid dalam daerah.
Melaksanakan pengurusan perhubungan dan pendaftaran peringkat daerah.
Membantu dalam pemantauan, pengawal seliaan dan penguatkuasaan ke atas institusi pendidikan swasta di bawah kawalan PPD.
Membantu dalam menyediakan laporan pemeriksaan dalam proses pendaftaran Institusi Pendidikan Swasta (IPS).
Membantu dalam proses permohonan pendaftaran / memperbaharui pendaftaran guru IPS.
Mengumpul dan menganalisis data IPS dan pusat bimbingan alternatif (PBA).
Menyediakan kertas siasatan bagi tujuan tindakan perundangan.
Menyalur maklumat / data pelaksanaan Private Public Partnership (PPP) dengan IPS berdasarkan pelbagai bentuk kerjasama.
Membimbing dan menyokong sekolah mengikut keperluan dan kesesuaian dalam aspek pembangunan murid seperti: a) hal ehwal murid. b) asrama c) pengurusan kesihatan, keselamatan, kebersihan. d) pengurusan bantuan pendidikan (melibatkan kewangan) dan kebajikan murid. e) Skim Pinjaman Buku Teks. f) disiplin dan sahsiah. g) Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa).
Mengumpul dan menganalisa data pembangunan murid mengikut keperluan.
Membimbing dan menyokong sekolah mengikut keperluan dan kesesuaian dalam aspek pembangunan bakat dan kepimpinan murid.
Mengumpul dan menganalisis data pembangunan bakat dan kepimpinan murid mengikut keperluan.
Mengurus hal ehwal kewangan di peringkat daerah.
Mengurus dan memperakukan terimaan dan kutipan hasil.
Menguruskan dan menyelia pengurusan aset di PPD dan sekolah di bawah kawalan PPD tersebut.
Mengawalselia penyediaan Penyata Akaun Sekolah dan mempastikan tiada laporan audit bersyarat.
Menyediakan khidmat nasihat dan rujukan dalam pengurusan kewangan kepada sekolah-sekolah.
Melaksanakan kerja-kerja pembaikan dan penyelenggaraan kecil untuk PPD dan sekolah-sekolah bukan PTJ.
Mengendalikan urusan perolehan untuk PPD dan sekolah-sekolah bukan PTJ.
Menyelaras urusan keperluan bangunan dan perolehan sekolah-sekolah di bawah seliaan PPD.
Penyelarasan akaun (termasuk sekolah-sekolah bukan PTJ).
Memantau perbelanjaan dan transaksi di PPD dan sekolah-sekolah bukan PTJ.
Menguruskan penyaluran peruntukan kepada sekolah-sekolah bukan PTJ.
Menguruskan keselamatan di PPD sentiasa terjaga.
Mengurus hal ehwal perkhidmatan/perjawatan guru dan bukan guru di peringkat daerah.
Menguruskan hal perkhidmatan kakitangan di PPD.
Mentadbir pengurusan HRMIS.
Menguruskan program latihan kepada guru dan bukan guru di peringkat daerah.
Menguruskan pentadbiran am di PPD.
Melaksanakan pengurusan integriti di peringkat daerah.
Menyelaras dan mengendalikan penyelenggaraan perkakasan dan perisian sistem aplikasi.
Menyelaras dan mengendalikan Latihan penggunaan sistem aplikasi.
Melaksanakan kajian dan ulasan permohonan perolehan perkakasan komputer.
Menyelaras pemprosesan sistem aplikasi pengurusan dan penganalisaan data.
Menyelaras dan melaksanakan penggunaan sistem aplikasi yang dijadualkan di peringkat daerah.
Menguruskan hal-hal pengendalian perkakasan dan perisian aplikasi.
Memberi input dan menyediakan ulasan perolehan peralatan komputer.
Menyelenggara hardware dan sistem aplikasi di PPD dan sekolah.
Menyelenggara pengkalan data dan automasi proses.