PERANAN PEJABAT KARANG MENGARANG
------------------
PENGENALAN
Pejabat Karang-Mengarang ditubuhkan pada tahun 1923 di Maktab Perguruan Sultan Idris (SITC), Tanjung Malim.
Penubuhan pejabat ini adalah hasil cadangan bersama Zainal Abidin bin Ahmad (Za'Ba) dan pengetua SITC, O.T. Dussek.
Antara tokoh penulis dan penterjemah yang terlibat termasuk Abdul Kudus Muhamed, Abdul Rahman Yusuf, Ahmad Murad Nasaruddin, dan Yazid Ahmad.
Pejabat Karang-Mengarang ini dipindahkan ke Kuala Lumpur antara tahun 1945 hingga 1955 dan diletakkan di bawah Jabatan Pelajaran.
Akhirnya, diletakkan di bawah Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1956.
Za'ba
Penggerak SITC
O.T Dussek
Pengetua SITC
RANCANGAN
Jangka Pendek
Menerbitkan sebanyak mungkin buku-buku Sekolah Melayu (buku-buku pelajaran).
Menerbitkan sebanyak mungkin bahan bacaan umum.
Jangka Panjang
Menerbitkan jurnal-jurnal bergambar.
Mengadakan perpustakaan bergerak yang dapat membawa buku-buku ke kampung untuk dijual, atau mendirikan sebuah perpustakaan besar bagi menyimpan buku-buku dalam bahasa Melayu.
PERANAN
Melaksanakan penerbitan buku-buku pelajaran di sekolah-sekolah Melayu serta buku-buku bacaan umum dalam bidang kesusasteraan Melayu. Sebelum Perang Dunia Kedua, badan ini ditubuhkan untuk mengisi kekosongan dalam bidang kesusasteraan.
Menghasilkan guru-guru Melayu untuk menyebarkan ilmu pengetahuan kepada anak bangsa.
Memperkembangkan penulisan, penterjemahan, dan penerbitan.
Mewujudkan asas pengetahuan bahasa Melayu dan ilmu penulisan dalam kalangan masyarakat Melayu.
Menghasilkan penerbitan ilmiah dalam bahasa Melayu dan Inggeris, serta memperbanyakkan bahan rujukan untuk semua golongan.
Membuka peluang kepada warga akademik untuk menyebarkan kepakaran mereka dalam bidang yang diceburi, sekaligus memajukan budaya penulisan di universiti.
Menerbitkan hasil penyelidikan warga akademik dalam bentuk buku, jurnal, dan lain-lain.
Menganjurkan bengkel penulisan dan kursus penterjemahan.
Menerbitkan novel, cerpen, puisi, dan akhbar berbahasa Melayu, yang menunjukkan perjuangan bahasa dan kesusasteraan di Semenanjung Tanah Melayu dari tahun 1922 hingga sebelum merdeka pada tahun 1957.
SUMBANGAN
Membina asas pengetahuan dalam bahasa Melayu dan ilmu penulisan.
Menerbitkan sebanyak 85 buku untuk bacaan sekolah di bawah "Siri Buku Teks Sekolah."
Buku-buku teks yang diterbitkan merangkumi bidang seperti penulisan, ejaan, tatabahasa bahasa Melayu, sejarah, matematik, sains, dan kesihatan.
Contohnya termasuk Pelita Bahasa Melayu, Ilmu Mengarang Melayu, Pelita Mengarang, dan Daftar Ejaan Melayu.
The Malay Home Library Series / Siri Perpustakaan Sekolah dan Umum.
Sebanyak 64 buku untuk bacaan umum diterbitkan antara tahun 1929 hingga 1957.
Kebanyakan buku yang diterbitkan adalah terjemahan dari bahasa Inggeris.
Contohnya termasuk Sang Maharaja Singa, Hikayat Taman Ajaib, Ali Baba dan 40 Orang Penyamun, Lagu-lagu Keroncong Melayu, serta Julius Caesar.