Sarana PIBG

Konsep SARANA

SARANA Sekolah merupakan suatu inisiatif kebangsaan bagi meningkatkan penglibatan ibu bapa dan komuniti dengansekolah demi kecemerlangan masa hadapan negara yang tercinta: M A L A Y S I A

Tujuan Sarana Sekolah

Mewujudkan SISTEM PEMBELAJARAN dengan memberi penekanan kepada enam (6) elemen yang menyokong pembelajaran

Meningkatkan kerjasama antara pihak sekolah dan pihak yang mempunyai kepentingan dengan sekolah

Meningkatkan penglibatan ibu bapa (IB), komuniti dan sektor swasta dalam pembelajaran murid melalui soal selidik penglibatan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta

Membantu pihak sekolah dengan kerjasama PIBG merancang aktiviti atau program sekolah yang boleh melibatkan pihak-pihak yang berkenaan secara aktif dan berkesan

Membantu pihak sekolah menjadikan sekolah sebagai sekolah berkesan dengan penglibatan aktif pihak yang berkaitan


Sistem Pembelajaran

Pembelajaran berlaku melangkaui kawasan sekolah dan boleh berlaku di rumah dan dalam komuniti

Sekolah mesti menyediakan persekitaran yang kondusif untuk jalinan hubungan kerja positif antara sekolah dengan ibu bapa dan komuniti

Kerjasama sekolah dengan ibu bapa:

Mempunyai tanggung jawab yang dikongsi bersama antara ibu bapa dan guru bagi memastikan pembelajaran berkualiti untuk murid

Meningkatkan kesedaran ibu bapa dalam membantu pembelajaran murid

Memperluas peranan ibu bapa sebagai rakan sekolah dalam meningkatkan keberhasilan anak-anak mereka

Kerjasama sekolah dengan komuniti:

Mendapat kerjasama secara sukarela daripada pertubuhan dalam komuniti untuk menyediakan pelbagai perkhidmatan dan memberi manfaat kepada sekolah setempat

Menggalakkan pelibatan murid dalam pertubuhan dan aktiviti komuniti serta mendapat pengajaran penting melalui proses tersebut

6 elemen yang menyokong pembelajaran yang menjurus kepada SISTEM PEMBELAJARAN:

Iklim Sekolah

Komunikasi Berkesan

Sokongan Terhadap Kejayaan Murid

Tanggungjawab Bersama

Keputusan Bersama

Kerjasama Dengan Komuniti


Iklim sekolah

Iklim sekolah menggambarkan aspek fizikal dan psikologikal sekolah yang menjadi prasyarat untuk pembelajaran dan pengajaran

i. Aspek Fizikal :

Keadaan fizikal sekolah mengalu-alukan murid dan guru untuk ke sekolah dan kondusif untuk pembelajaran


Ciri-ciri:

Keselamatan dan keselesaan murid diutamakan

Kawasan sekolah dan tandas bersih

Bilik darjah menarik dan teratur

Peralatan yang disediakan selamat untuk digunakan

Papan penunjuk arah disediakan untuk memudahkan pergerakan dalam kawasan sekolah


ii. Aspek Sosial :

Sekolah menggalakkan komunikasi dan interaksi antara murid dan guru, guru dan ibu bapa / penjaga, pihak sekolah dan komuniti


Ciri-ciri:

Murid berinteraksi secara aktif dengan guru

Suasana sekolah tidak hingar-bingar

Murid digalakkan memberi cadangan dan pendapat

Keputusan dibuat dengan mengambil kira pendapat semua pihak yang berkenaan

Staf dan murid dilatih untuk menyelesaikan masalah

Staf sekolah berinteraksi dengan ibu bapa , ahli komuniti dan lain-lain tetamu sekolah dengan mesra dan sopan

Murid dilatih menghormati semua individu yang lebih tua daripada mereka


iii. Aspek Emosi :

Sekolah menggalakkan semangat kekitaan dan harga diri


Ciri-ciri:

Murid bangga berada di sekolah

Murid merasa diri mereka sebahagian daripada sekolah

Murid, guru dan kakitangan merasa mereka penting dalam menentukan kejayaan sekolah

Murid berkeyakinan terhadap staf sekolah

Murid dan staf dihormati

Pencapaian murid diiktiraf dan diraikan

Ibu bapa merasakan sekolah tempat yang menarik dan mesra

Guru bersemangat untuk membantu murid berjaya


iv. Aspek Akademik :

Sekolah menggalakkan pembelajaran dan pencapaian kendiri


Ciri-ciri :

Guru merancang pembelajaran dengan mengambil kira murid mempunyai kecerdasan pelbagai

Harapan terhadap murid tinggi. Semua murid diberi galakan dan bantuan untuk mencapai harapan tersebut

Guru mempunyai pengetahuan dan keyakinan yang tinggi

Kemajuan murid kerap dipantau

Pencapaian dan kejayaan murid dihargai

Pencapaian murid dalam pentaksiran disampaikan kepada ibu bapa dengan segera