MESYUARAT AGUNG PIBG 2021

Makluman Mesyuarat Agung PIBG SMK Balung 2021 yang akan diadakan pada 09 Oktober 2021 (Sabtu). Untuk maklumat lanjut, sila klik pada gambar disebelah ataupun pautan dibawah:

MAT2021

BERITA SEMASA

Pemvaksinasi Murid Sekolah

TAWAU: Kementerian Pendidikan (KPM) dengan kerjasama Kementerian Kesihatan (KKM) dan Pasukan Petugas Khas Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (CITF) memulai program pemvaksinan Covid-19 murid sekolah khususnya di PPV SMK Balung pada hari ini yang memberi khidmat vaksinasi kepada semua murid SMK Balung dan sekolah sekitar (SK Balung, SK Inderasabah, SK Wakuba, SK Kuala Apas).

Proses vaksinasi yang turut disokong oleh PIBG SMK Balung telah berlangsung dengan teratur dan tersusun. Sejurus tiba, murid yang ditemani ibu bapa atau penjaga perlu mendaftar, diambil suhu badan, diikuti sesi kaunseling dan persetujuan sebelum dibenarkan menerima suntikan vaksin.

MAT PIBG 2021

TAWAU: Setelah mengambilkira keadaan semasa dan perbincangan bersama pentadbiran sekolah, Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) PIBG SMK Balung Tahun 2021 akan diadakan secara dalam talian.

Justeru, MAT akan diadakan mengikut ketetapan berikut:

Tarikh: 09 Oktober 2021 (Sabtu)

Masa: 10.00 pagi

Tempat: Lokasi masing-masing

Sehubungan itu, semua ibubapa/penjaga pelajar SMK Balung dijemput untuk hadir pada mesyuarat berkenaan.

Pembukaan Sekolah

KUALA LUMPUR: Berikut adalah beberapa perkara yang diumumkan oleh Menteri Kanan Pendidikan Datuk Radzi Jidin dalam sidang media Pengoperasian Sekolah, pada Ahad. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sebelum ini mengumumkan tarikh pembukaan sekolah bagi negeri-negeri dalam Fasa 2 dan Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara (PPN) adalah pada 3 Oktober.

Dalam pada itu, pelajar dibenarkan memakai pakaian yang sesuai, kemas dan sopan jika pakaian seragam sekolah yang sedia ada tidak lagi sesuai dipakai.

KPM juga menegaskan bahawa tidak menjadi kesalahan disiplin jika murid tidak hadir ke sekolah disebabkan risau Covid19. Ibu bapa dan penjaga perlu menghantar surat bagi tujuan rekod pentadbiran sekolah jika memilih untuk tidak menghantar anak ke sekolah.

KPM: Sambung PDPR

KUALA LUMPUR: Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) akan dilaksanakan selama 25 hari persekolahan bermula 13 dan 14 Jun mengikut kumpulan negeri masing-masing.

Pembukaan sekolah pada 13 Jun membabitkan negeri kumpulan A iaitu Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu, manakala pada 14 Jun pula membabitkan negeri kumpulan B iaitu Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan serta Putrajaya.

Menteri Kanan (Pendidikan), Datuk Dr Radzi Jidin, berkata ketetapan yang berkuat kuasa hari ini bukan saja merangkumi sekolah kerajaan, malah turut membabitkan sekolah swasta, sekolah antarabangsa dan sekolah ekspatriat yang mendaftar dengan Kementerian Pendidikan (KPM).

Beliau berkata, sekolah berkenaan perlu melaksanakan PdPR sepanjang tempoh ditetapkan berdasarkan takwim masing-masing.

MAT PIBG 2021

TAWAU: Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) PIBG SMK Balung Tahun 2021 dijangkakan akan diadakan secara atas talian berikutan pandemik Covid-19 yang masih belum berkesudahan lagi. Mesyuarat ini hanya akan diadakan sekiranya pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di daerah Tawau ditamatkan .

Justeru sebagai makluman awal, MAT akan diadakan mengikut ketetapan berikut:

Tarikh: 20 Jun 2021 (Ahad)

Masa: 7.00 pagi

Tempat: Lokasi masing-masing

Pautan: Akan diberikan 1 hari sebelum program.

Sehubungan itu, semua ibubapa/penjaga pelajar SMK Balung dijemput untuk hadir pada mesyuarat berkenaan. Semoga kerjasama yang jitu dan padu antara pihak sekolah dan ibubapa/penjaga dapat diteruskan bagi menjamin legasi kecemerlangan SEHEBAT dapat diteruskan.

Selamat Hari Guru 2021

TAWAU: Selamat Hari Guru 2021 | Guru adalah insan yang sering dikaitkan dengan lilin. Mereka sanggup membakar diri demi menerangi insan-insan lain khususnya anak-anak didik. Pengorbanan seorang guru begitu besar, mendidik anak bangsa agar berjaya kemudian hari di dunia dan akhirat.

Jawatankuasa PIBG SMK Balung mengambil peluang ini untuk mengucapkan Selamat Hari Guru buat semua guru di Malaysia khususnya guru-guru SMK Balung. Semoga semua cikgu sentiasa dalam LINDUNGAN, RAHMAT DAN REDHA Allah SWT walau di mana berada.

Cikgu, Teacher, Ustaz dan Ustazah, TERIMA KASIH! Kerana mengajar anak-anak kami tentang adab dan ilmu, semoga anak-anak kami menjadi insan berguna. Cikgu! Dalam ajarannya ada harapan. Dalam tegurannya ada doa. Dalam marahnya ada sayang. Dalam diamnya ada kebijaksanaan. Dalam tangannya ada sahsiah terbina. Semoga semua ilmu yang cikgu berikan menjadi pahala yang mengalir tanpa henti. Aamin aamin Ya Mujib


Selamat Hari Guru! Terima Kasih Cikgu!

Pengenalan

Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) yang ditubuhkan di semua sekolah kerajaan adalah bertujuan untuk mewujudkan permuafakatan antara ibu bapa dan guru di sekolah yang berkenaan. Permuafakatan seumpama ini diharapkan dapat membina kesefahaman tentang tugas dan tanggungjawab bersama dalam usaha untuk meningkatkan mutu pengajaran guru-guru dan pembelajaran murid di sekolah, selain mempertingkatkan kerjasama dan perkongsian antara pihak sekolah, ibu bapa, dan komuniti setempat (school home community partnership). Di samping itu, PIBG juga mempunyai peranan ’saling melengkapi’ terhadap fungsi sekolah dalam menyediakan prasarana, kemudahan, dan suasana sekolah yang kondusif kepada murid-murid dan guru-guru di sekolah.

Peraturan 5 PERATURAN-PERATURAN PENDIDIKAN (PERSATUAN IBU BAPA GURU) 1998 yang berkuatkuasa pada 26 Mac 1998, dengan jelas telah menggariskan tujuan dan batasan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di sekolah. Dalam subperaturan (5) dan (6) ada dinyatakan batasan-batasan yang dikenakan kepada Persatuan, iaitu : Subperaturan (5) – Persatuan tidak boleh memperluaskan bidang kuasa Persatuan kepada perkara-perkara yang berkaitan dengan pentadbiran sekolah, pekerjaan dan syarat-syarat perkhidmatan guru dan kakitangan yang lain dalam sekolah. Subperaturan (6) – Persatuan tidak boleh menjadi jentera bagi menyelesaikan pertikaian atau perkara-perkara lain yang berkaitan antara Persatuan dengan Guru Besar atau Pengetua atau kakitangan sekolah di mana Persatuan ditubuhkan atau Pejabat Pendidikan Daerah atau Pejabat Pendidikan Bahagian atau Jabatan Pendidikan Negeri atau Kementerian Pendidikan atau Kerajaan Negeri atau Persekutuan.

Jom menyumbang kepada tabung PIBG
Perkongsian PPD bersama ibubapa
Jom Wakaf Bas Sekolah!