MESYUARAT AGUNG PIBG 2021

23 September 2021 - NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG SMK BALUNG TAHUN 2021 (SECARA DALAM TALIAN)

Tarikh / Hari : 09 Oktober 2021 / Sabtu

Masa : 9.30 pagi (Pendaftaran)

Tempat : 1. BIlik Teratai, SMK Balung

(JK PIBG, Pentadbiran Sekolah dan Pegawai Teknikal sahaja)

2. Youtube Live di lokasi masing-masing

(Ibu bapa dan Guru-Guru)


Untuk mematuhi Garis Panduan MAT KPM dan setelah dipersetujui dalam Perbincngan AJK PIBG dan Pentadbir Sekolah pada 21 September 2021, maka MAT secara keseluruhannya akan dijalankan dalam talian dan aturan adalah seperti berikut :

23 September 2021 Notis Mesyuarat Agung Tahunan dan pautan Borang Usul/Cadangan (http://bit.ly/usulmatpibg)

23 September 2021 Pengedaran Pautan Borang Pencalonan Pemilihan AJK PIBG 2021/2022

30 September 2021 Tarikh Tutup Penerimaan Borang Usul / Cadangan dan Borang Pencalonan Pemilihan AJK

22 September 2021 Pengedaran Pautan Panduan Pelaksanaan Mesyuarat dan Buku Laporan Mesyuarat Agung Tahunan ke 28 Tahun 2021.

01 Oktober 2021 Pengedaran Pautan Pemilihan AJK PIBG 2021/2022 - Undian : Kerusi Yang DiPertua, Naib Yang DiPertua, AJK Biasa dan Juruaudit Dalaman.

09 Oktober 2021 Majlis Perasmian dan Mesyuarat Agung Tahunan (Google Meet dan Youtube)



USUL/CADANGAN MESYUARAT AGUNG PIBG

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada ahli Persatuan Ibubapa dan Guru yang dihormati sekalian.

Berikut adalah borang usul/ cadangan yang akan dibentangkan dalam Mesyuarat Agung PIBG tahun 2021.

Ibu/bapa/penjaga dan guru yang mempunyai usul/ cadangan bolehlah mengisi usul/ cadangan pada link ini

https://bit.ly/usulmatpibg

Sila isikan usul PIBG ini selewatnya pada 07 OKTOBER 2021 (KHAMIS). Kerjasama dari semua IbuBapa/Penjaga/Guru amatlah diharapkan. Terima Kasih.


PENCALONAN AHLI JAWATANKUASA

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Perhatian kepada ibubapa/waris/penjaga yang berminat untuk menganggotai/mencalonkan seseorang sebagai Ahli Jawatankuasa PIBG bolehlah mengisi maklumat dibawah bagi tindakan urusetia PIBG melaksanakan pengundian yang akan berlaku pada 23 September sehingga 07 Oktober 2021.

Kerjasama dan penyertaan ibubapa/waris/penjaga dalam pencalonan ini amatlah dihargai dan didahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih.

TARIKH TUTUP PENCALONAN 07 OKTOBER 2021 (KHAMIS)