OBJEKTIF KOKURIKULUM
Menggalakkan murid menggunakan masa lapang menerusi aktiviti-aktiviti di luar bilik darjah.
Menerapkan nilai-nilai murni terutamanya kerjasama, bertanggungjawab, menepati masa, berdikari dan bermuafakat.
Menerapkan pengetahuan yang diperolehi dalam bilik darjah ke dalam aktiviti luar bilik darjah.
Mencungkil bakat dalam sesuatu bidang yang diminati.
Meningkatkan daya tahan murid dari segi metal, fizikal dan emosi.
Memastikan semua murid Tahun 4, 5 dan 6 terlibat dalam aktiviti permainan, kelab dan unit beruniform.
PELAKSANAAN KOKURIKULUM
Aktiviti kokurikulum akan dijalankan pada setiap hari Isnin,Selasa dan Rabu hari persekolahan.
Kehadiran pada hari tersebut adalah wajib sebagai hari persekolahan.
Guru-guru bertanggungjawab untuk menjalankan aktiviti berikut :
3.1 Aktiviti unit beruniform dalam sukatan
3.2 Pertandingan / kursus dalam sukatan
3.3 Kerja-kerja sosial.
Guru-guru hendaklah merancang aktiviti dan mengatur program kelab / unit beruniform yang menarik, berkesan dan sempurna agar dapat berjalan lancar.
Perjalanan aktiviti kokurikulum hendaklah mengikut takwim sekolah dan mematuhi pindaan dari semasa ke semasa. Guru-guru tidak boleh membatalkan atau meminda tarikh perlaksanaan aktiviti kokurikulum tanpa pengetahuan Guru Besar dan GPK Kokurikulum.
Pastikan semua aktiviti dijalankan pada masa yang ditetapkan.
Guru-guru penasihat hendaklah memastikan semua murid hadir untuk aktiviti kokurikulum dengan memakai pakaian sesuai .Murid perlu mematuhi arahan ini.
Guru-guru perlu juga berpakaian mengikut arahan surat pekeliling JPNJ dan KPM, termasuk pakaian Unit Beruniform.
Kehadiran dalam setiap aktiviti hendaklah direkodkan. Murid-murid yang tidak hadir lebih daripada tiga kali hendaklah diambil tindakan sewajarnya.
Semua laporan kegiatan kokurikulum hendaklah direkodkan dan diserahkan kepada GPK Kokurikulum untuk disahkan.
Guru-guru hendaklah mengawal murid-murid untuk memastikan keselamatan mereka semasa aktiviti dijalankan.
Guru-guru penasihat bertanggungjawab mengambil dan menyimpan semula peralatan yang telah digunakan.
TUGAS JAWATANKUASA PENGURUSAN
Merancang aktiviti sekolah (Rancangan Jangka Panjang / Pendek).
Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 2 kali setahun.
Menentukan peraturan kokurikulum sekolah.
Menentukan takwim dan jadual aktiviti.
Memastikan penglibatan murid menyeluruh.
Memastikan sekolah mengambil bahagian dalam kegiatan kokurikulum peringkat daerah/negeri/kebangsaan.
Memastikan guru mematuhi takwim dan jadual Kokurikulum.
Menentukan tarikh Kejohanan Olahraga sekolah, Merentas Desa, Hari Kecemerlangan Kokurikulum dan kegiatan lain.
Menilai aktiviti kokurikulum dan membuat laporan tahunan.
Memastikan konsep sukan untuk semua dilaksanakan di sekolah.
Membuat anggaran perbelanjaan dan menentukan peruntukan kewangan yang akan digunakan.
Memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada guru dan murid yang telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam bidang masing-masing.
Memastikan semua tempat dan alat selamat digunakan oleh murid.
TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENOLONG KANAN KOKURIKUKUM
Menentukan objektif gerakerja kokurikulum sekolah tercapai.
Bertanggungjawab dalam pelaksanaan dasar gerakerja kokurikulum sekolah.
Menyelaras dan meluluskan program tahunan setiap unit gerakerja kokurikulum
Memastikan supaya setiap unit gerakerja kokurikulum berjalan dengan lancar, berterusan dan berkesan.
Menyelesaikan masalah yang berbangkit dalam perjalanan aktiviti kokurikulum.
Menyelaras dengan pihak sekolah peruntukan dan perbelanjaan aktiviti kokurikulum.
Mengawal segala urusan kewangan bagi wang yang dikutip daripada murid.
Menerima laporan kedudukan stok dan inventori peralatan kokurikulum.
Menerima laporan kegiatan unit kokurikulum pada akhir tahun daripada setiausaha kokurikulum, penolong setiausaha kokurikulum dan penyelaras-penyelaras unit.
Memutuskan pengurniaan yang akan diberi kepada murid yang mencapai taraf kecemerlangan dalam aktiviti kokurikulum.
TUGAS SETIAUSAHA KOKURIKULUM
Mematuhi dasar pelaksanaan kokurikulum KPM dan sekolah serta pekeliling-pekeliling yang berkaitan dengan kokurikulum.
Menyelaras semua aktiviti kokurikulum sekolah.
Menyediakan takwim dan aktiviti kokurikulum yang sesuai dengan aktiviti daerah dan negeri.
Membantu Guru Besar dan GPK Kokurikulum dalam pengagihan tugas kepada guru-guru, perancangan, pelaksanaan dan penilaian murid dalam Sukan, Kelab dan Unit Beruniform.
Menyediakan anggaran belanjawan tahunan untuk aktiviti kokurikulum.
Mengurus dan menyelaras pemilihan peserta untuk ke pertandingan aktiviti unit beruniform dan Persatuan di luar sekolah.
Menentukan langkah-langkah keselamatan dalam aktiviti kokurikulum dipatuhi.
Memastikan rekod dan data berkaitan kokurikulum diselenggara dengan baik.
Mengurus dan menjaga keselamatan semua peralatan kokurikulum sekolah.
enyimpan dan mengemaskini buku stok dan inventori peralatan kokurikulum.
Menyediakan peraturan penggunaan peralatan dan kemudahan kokurikulum.
Memastikan borang-borang berkaitan kokurikulum yang digunakan dikemaskinikan dan mencukupi.
Menyediakan laporan lengkap tentang semua aktiviti kokurikulum sekolah dan luar sekolah untuk edaran, rujukan dan rekod.
Sentiasa berbincang dengan Guru Besar dan GPK Kokurikulum untuk kepentingan kokurikulum sekolah.
Merekodkan pencapaian cemerlang pelajar dan pasukan sekolah dalam Buku / Fail Rekod Pencapaian Kokurikulum Sekolah.
Mengenal pasti guru dan murid yang berpotensi dalam aktiviti kokurikulum dan mengadakan latihan dengan mereka.
TUGAS SETIAUSAHA SUKAN
Mematuhi dasar pelaksanaan kokurikulum KPM dan sekolah serta pekeliling-pekeliling yang berkaitan dengan kokurikulum.
Menyelaraskan semua aktiviti sukan sekolah.
Menyediakan takwim dan aktiviti sukan yang sesuai dengan aktiviti MSSK/MSSN/MSSM.
Membantu Guru Besar dan GPK Kokurikulum dalam pengagihan tugas kepada guru-guru,perancangan,pelaksanaan dan penilaian pelajar dalam sukan dan permainan.
Menetapkan murid dalam Rumah Sukan.
Menyediakan anggaran belanjawan tahunan untuk aktiviti dan peralatan berkaitan sukan dan permainan.
Mengurus dan menyelaraskan pemilihan peserta untuk ke pertandingan aktiviti sukan di luar sekolah.
Menentukan langkah-langkah keselamatan dalam aktiviti sukan dan permainan dipatuhi.
Memastikan rekod dan data berkaitan sukan diselenggara dengan baik.
Mengurus dan menjaga keselamatan semua peralatan sukan sekolah.
Menyimpan dan mengemaskini buku stok dan inventori peralatan sukan.
Menyediakan peraturan penggunaan peralatan dan kemudahan sukan.
Memastikan borang-borang berkaitan sukan yang digunakan dikemaskinikan dan mencukupi.
Menyediakan laporan lengkap tentang semua aktiviti sukan sekolah dan luar sekolah untuk edaran, rujukan dan rekod.
Sentiasa berbincang dengan Guru Besar dan GPK Kokurikulum untuk kepentingan sukan sekolah.
Merekodkan pencapaian cemerlang murid dan pasukan sekolah dalam Buku Rekod Pencapaian Sukan Sekolah.
Mengenal pasti guru dan murid yang berpotensi dalam aktiviti sukan dan mengadakan latihan dengan mereka.
TUGAS PENYELARAS 1M1S
Mengadakan mesyuarat perancangan 1M1S sebelum penggal pertama persekolahan.
Menyediakan takwim tahunan dan penjadualan mingguan aktititi sukan sekolah untuksepanjang tahun.
Membantu GPK mengagihkan tugas guru mengikut sukan yang ditawarkan di sekolah.
Membantu ketua guru rumah sukan dan guru sukan dan permainan.
Mengedarkan surat makluman aktiviti kepada ibu bapa melalui murid.
Mewujudkan mekanisme pemantauan pelaksanaan 1M1S.
Memastikan perjumpaan diadakan.
Mempastikan gelanggang sukan dan padang permainan adalah mengikut ukuran yang betul serta mengurus persediaan dan penjagaan padang.
Menyimpan rekod-rekod yang lengkap segala jenis perlawanan yang disertai oleh sekolah sama ada di peringkat zon, negeri, persahabatan dan sebagainya.
Mengandungi:
Tarikh- Jenis pertandingan- Pasukan yang terlibat- Tempat pertandingan- Keputusan pertandingan
Memastikan buku log perjumpaan diisi setiap kali perjumpaan.
Melaksanakan Karnival 1Murid 1Sukan.
Menyediakan pasukan sekolah untuk menyertai aktiviti 1M1S di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan.
Membuat laporan program dan laporan tahunan.
Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua atau GPK Kokurikulum dari semasa ke semasa.
TUGAS PENYELARAS SUKAN & PERMAINAN/KELAB/UNIT BERUNIFORM
Meneliti dan memastikan aktiviti-aktiviti yang dirancang oleh setiap unit dilaksanakan dengan sempurna.
Menetapkan murid dalam Sukan & Permainan, Kelab dan Unit Beruniform.
Mengumpul buku laporan kegiatan setiap unit dan diserahkan kepada PenolongKanan Kokurikulum setiap hujung minggu perjumpaan.
Menyediakan dan mengedarkan borang bagi tujuan penilaian gerakerja kokurikulum kepada guru-guru penasihat untuk disikan dan disahkan.
Meneliti dan menilai kegiatan setiap unit dan jika perlu mengubahsuaikan kegiatanserta mengadakan mesyuarat sekali di dalam sepenggal persekolahan.
Membantu GPK Kokurikulum menyusun dan merancang semua gerakerja kokurikulum di sekolah.
Membantu GPK Kokurikulum menyelaras, menyelia/memantau dan menilaiperlaksanaan semua program gerakerja kokurikulum sekolah.
Menentukan dan memastikan semua gerakerja dijalankan dengan berkesan dan berterusan sepanjang tahun.
Berhubung dengan pihak-pihak luar dalam hal-hal gerakerja kokurikulum.
Membantu mendapatkan laporan mengenai kegiatan setiap bidang kokurikulum untuk diserahkan kepada GPK Kokurikulum.
Membantu GPK Kokurikulum menguruskan penilaian gerakerja kokurikulum.
Membantu GPK Kokurikulum merancang kursus jangka pendek kepada guru-guru penasihat dan AJK Tertinggi setiap unit (mengikut keperluan) mengenai cara-cara menggerakkan atau memajukan unit masing-masing
TUGAS GURU PENASIHAT SUKAN & PERMAINAN/KELAB/UNIT BERUNIFORM
Mematuhi dasar pelaksanaan kokurikulum KPM dan sekolah serta pekeliling-pekeliling yang berkaitan dengan kokurikulum.
Memastikan Mesyuarat Agung diadakan bagi tujuan melantik Ahli Jawatankuasa dalam kalangan murid.
Memastikan Minit Mesyuarat dan Laporan Aktiviti disediakan dan difailkan.
Memastikan ada Perlembagaan dan Peraturan yang perlu dipatuhi oleh ahli-ahli.
Memastikan jawatankuasa menjalankan tugas seperti terkandung dalam Perlembagaan.
Memastikan aktiviti selaras dengan visi,misi, objektif dan matlamat KPM dan sekolah.
Merancang aktiviti tahunan dengan kerjasama murid.
Merancang strategi untuk peningkatan kecemerlangan Sukan & Permainan, Kelab dan Unit Beruniform.
Mendapatkan khidmat nasihat daripada mereka yang pakar.
Merancang meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan minat murid dalam aktiviti kokurikulum.
Memastikan aktiviti yang dirancang berjalan mengikut jadual yang ditetapkan.
Merekod kehadiran ahli.
Menghadiri perjumpaan atau mesyuarat yang berkaitan dengan unit yang diwakili.
Memastikan undang-undang berkaitan Sukan & Permainan, Kelab dan Unit Beruniform dipatuhi.
Memilih dan melatih pasukan sekolah mengikut jadual dan takwim kokurikulum sekolah, PPD dan JPN.
Menganjurkan pertandingan kokurikulum antara Rumah Sukan atau kelas di peringkat sekolah.
Mengurus penyertaan murid-murid dalam kegiatan di peringkat sekolah / kawasan / daerah / negeri dalam pertandingan, lawatan atau projek yang dijalankan.
Menguruskan pengangkutan untuk pasukan sekolah ke pertandingan luar.
Menguruskan surat kebenaran ibu bapa/penjaga untuk ke pertandingan luar sekolah.
Melapor dan merekodkan keputusan-keputusan pertandingan yang disertai.
Menyediakan anggaran perbelanjaan untuk peralatan dan pengurusan.
Memastikan pengurusan kewangan dan harta benda/peralatan diurus dengan baik.
Menentukan peralatan dan kemudahan permainan sentiasa dalam keadaan baik, selamat dan mencukupi untuk digunakan.
Mendaftarkan Unit Beruniform dan Kelab & Persatuan dengan pihak berkaitan. (jika ada).
Menyemai semangat kokurikulum dalam kalangan pelajar.
Menilai prestasi pasukan sekolah dan mengambil langkah-langkah untuk mempertingkatkan pencapaian.
Merekodkan nama murid dan pasukan yang cemerlang (johan daerah/negeri, wakil daerah/negeri dan negara)
Menentukan Papan Kenyataan digunakan dengan sepenuhnya.
Memastikan tidak ada unsur subversif tersebar di kalangan ahli.
Mencadangkan nama ahli yang layak menerima Sijil Penghargaan kepada Jawatankuasa Kokurikulum Sekolah.
Menghadiri kursus dari semasa ke semasa untuk meningkatkan ilmu dan kemahiran diri.
Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar dan GPK Kokurikulum dari semasa ke semasa.
TUGAS KETUA RUMAH SUKAN
Memastikan adanya senarai ahli rumah sukan yang lengkap (guru dan murid).
Membuat pengagihan tugas kepada semua ahli rumah sukan.
Membentuk jawatankuasa rumah dalam kalangan pelajar yang meliputi olahraga dan pemainan.
Menentukan guru rumah sukan untuk menjadi pengadil dalam pertandingan peringkat sekolah.
Memastikan laporan aktiviti rumah sukan disediakan untuk edaran dan rekod.
TUGAS GURU RUMAH SUKAN
Mengurus latihan rumah sukan pada hari-hari yang ditetapkan.
Guru dan murid wajib hadir pada waktu latihan rumah sukan, kedatangan dicatat dalam buku kehadiran.
Memilih dan melatih pasukan olahraga dan permainan untuk pertandingan antara rumah sukan.
Menghantar nama peserta yang berpotensi untuk pemilihan wakil sekolah.
Merekodkan kedatangan murid dan mengambil tidakan terhadap pelajar yang tidak hadir.
Sentiasa berbincang dengan ketua rumah sukan untuk meningkatkan prestasi rumah sukan.
TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA UNIT-UNIT KOKURIKULUM
Pengerusi
· Mempengerusikan semua mesyuarat dan bertanggungjawab atas kesempurnaan semua mesyuarat.
· Meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segala keputusan yang diputuskan diambil tindakan yang sewajarnya.
· Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke semasa.
Naib Pengerusi
· Membantu pengerusi dalam menjalankan tugas dan tanggung jawab yang diberi.
· Mempengurusikan mesyuarat semasa ketiadaan pengerusi.
· Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke semasa.
Setiausaha
· Menguruskan hal-hal surat menyurat
· Mencatat dan menandatangani minit mesyuarat/laporan kegiatan-kegiatan.
· Mencatat kehadiran ahli
· Menyimpan dokumen yang berkaitan dengan persatuan.
· Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke semasa.
Penolong Setiausaha
· Membantu setiausaha dalam menjalankan segala tugas dan tanggungjawabnya.
· Menjalankan tugas Setiausaha sewaktu ketiadaan Setiausaha.
· Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke semasa.
Bendahari
· Bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan Persatuan
· Membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara kewangan dan bertanggungjawab di atas kesahihannya.
· Menyediakan Penyata Kira-Kira bulanan dan tahunan serta menandatanganinya.
· Melaporkan kedudukan kewangan sekiranya diminta di dalam mesyuarat ahli jawatankuasa.
· Menyediakan Laporan Kewangan untuk di audit dan dibentangkan dalam Mesyuarat Agung.
· Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke semasa.
Penolong Bendahari
· Menjalankan tugas-tugas Bendahari sewaktu ketiadaan Bendahari.
· Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke semasa.
Ahli Jawatankuasa
· Membantu menjalankan tugas dalam segala program dan aktiviti yang dilaksanakan.
· Mempengerusikan biro sekiranya dilantik.
· Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke semasa
Pemeriksa Kira-Kira
· Memeriksa, menyemak serta mengesahkan Laporan Kewangan tahunan dan bertangungjawab keatasnya.
· Memastikan pengurusan kewangan diuruskan dengan betul.