TUGAS JAWATANKUASA BIMBINGAN DAN KAUNSELING
Merancang dan menyelaraskan program Bimbingan dan Kaunseling selaras dengan perancangan sekolah.
Mengadakan perjumpaan dengan murid-murid yang mempunyai masalah dan merekodkannya.
Mendapatkan maklumat murid yang cacat, terlalu lemah atau lambat untuk tindakan selanjutnya.
Mengadakan perjumpaan dengan pihak ibu bapa murid yang bermasalah untuk mencari jalan penyelesaian.
Menyimpan dan mengemaskini rekod Bimbingan dan Kaunseling.
Menyediakan jadual perjumpaan untuk murid yang perlukan kaunseling.
Menganjurkan ceramah bimbingan dan kerjaya.
Membuat laporan untuk setiap perjumpaan dan program/aktiviti
Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar dari semasa ke semasa.
TUGAS JAWATANKUASA GURU PENYAYANG
Merancang dan menyelaraskan program Guru Penyayang selaras dengan perancangan sekolah.
Membentuk karektor serta sahsiah diri murid yang disenangi oleh warga sekolah
Mewujudkan satu suasana yang harmoni antara guru dan murid selaras dengan keperluan semasa.
Membantu menyelaras program Ziarah Cakna untuk murid-murid yang memerlukan atau bermasalah.
Menimbulkan rasa dihargai dan diterima dalam kalangan murid.
Membentuk budaya bersopan-santun dan hormat-menghormati di sekolah.
Mewujudkan suasana kondusif dan harmonis di persekitaran sekolah.
Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar dari semasa ke semasa.
TUGAS JAWATANKUASA PENYIASATAN MURID CICIR (JPMC)
Menguatkuasakan pelaksanaan pendidikan wajib di sekolah rendah yang telah berkuatkuasa bermula pada 1 Januari 2003.
Menyiasat aduan/laporan yang telah dikemukakan oleh orang awam kepada pihak sekolah berkenaan murid cicir.
Mengenalpasti murid yang kerap tidak hadir ke sekolah tanpa sebab.
Mengambil tindakan dengan menghantar murid yang kerap ponteng atau tidak hadir ke sekolah tanpa sebab ke Guru Bimbingan dan Kaunseling untuk sesi kaunseling.
Mengadakan lawatan ke rumah untuk mengenalpasti masalah murid.
Mengadakan sesi perjumpaan bersama ibu bapa/ penjaga murid berkenaan.
Mengadakan Program Akujanji Hadir Kesekolah bagi murid-murid potensi cicir.
Menghantar laporan atau maklumat berkaitan isu murid yang kerap tidak hadir kepada Guru Besar.
TUGAS JAWATANKUASA GURU PENGAWAS
Memberi panduan dan penerangan tentang peraturan-peraturan di sekolahkepada semua murid.
Mengawas dan mengawal disiplin murid setiap masa .
Merujuk kes-kes disiplin kepada Guru Penolong Kanan HEM.
Mengadakan siasatan kes-kes disiplin yang berlaku di sekolah.
Bekerjasama dengan guru bertugas untuk mengawal disiplin murid.
Menentukan penerapan nilai-nilai murni.
Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar dari semasa ke semasa.
TUGAS JAWATANKUASA BANTUAN DAN KEBAJIKAN MURID
Mewujudkan Tabung Ikhlas –sumbangan dari guru-guru dan kakitangan sekolah.
Merancang aktiviti untuk tabung kebajikan murid dan anak yatim.
Membuat kaji selidik dan menyimpan rekod KWAMP,EMK, BAP, e-kasih dan murid miskin serta anak yatim
Mengadakan pungutan derma untuk murid-murid yang ditimpa kesusahan. dan musibah seperti kematian, pandemik, dll.
Mengagihkan sumbangan dari pihak NGO dan kerajaan kepada murid miskin dan anak yatim.
Membuat soal selidik jika ada murid miskin yang tercicir
Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar dari semasa ke semasa.
TUGAS JAWATANKUASA RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN (RMT) DAN SARAPAN PAGI
Mengenal pasti murid yang layak mendapat bantuan RMT hadir untuk RMT dengan mengisi Buku Pengurusan RMT.
Menguruskan murid yang mendapat RMT dengan melengkapkan borang-borang yang perlu mengikut arahan Pejabat Pelajaran Daerah.
Berurusan dengan pengusaha kantin tentang penyediaan makanan serta menunya untuk murid-murid yang mendapat RMT.
Menyediakan buku rekod kehadiran murid RMT dan pemantauan RMT.
Membuat giliran tugas untuk seliaan RMT.
Memastikan penyediaan makanan mengikut menu yang telah ditetapkan.
Membuat laporan akhir tahun untuk di hantar ke Pejabat Pendidikan Daerah.
TUGAS JAWATANKUASA KANTIN
Memastikan makanan yang dijual sesuai dari segi khasiat dan kesihatan.
Tentukan makanan yang dijual mengikut menu dalam tawaran dan perjanjian.
Pastikan ada tanda harga makanan mengikut perjanjian.
Pastikan tiada barang larangan yang dijual terutama “junk food” . Laporkan segera jika ada.
Kebersihan kantin perlu diawasi setiap hari dan memastikan Pengurus Kantin melengkapkan Buku Laporan Kendiri Kantin setiap hari.
Buku Laporan Kendiri Kantin di hantar ke bilik GPK HEM setiap hujung bulan Januari-November.
Memberikan cadangan yang berguna kepada pengurus kantin untuk memperbaiki perkhidmatannya.
Dapatkan laporan daripada guru bertugas mingguan.
Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar dari semasa ke semasa.
Mengumpulkan duit tempahan makanan murid dan memnyerahkannya kepada pihak kantin.
TUGAS JAWATANKUASA SKIM PINJAMAN BUKU TEKS (SPBT)
Menerima dan menyemak buku-buku teks dari pembekal dan memproses nombor kod bilangan.
Menyiapkan borang-borang SPBT untuk diagihkan kepada murid setiap kelas.
Menyedia dan mengagihkan buku kepada murid pada akhir tahun. (Tahun 1- selepas Minggu Transisi.)
Merekodkan dan mengemaskini butiran berkaitan buku teks di E-Spbt.
Mengemaskini buku stok SPBT dari semasa ke semasa untuk pemeriksaan audit.
Menerima pembayaran buku teks yang hilang dan mengeluarkan resit.
Memastikan keselamatan buku-buku teks yang dipinjamkan
Menentukan buku-buku teks yang rosak untuk dihapuskan dengan membuat rundingan dengan Guru Besar/GPK HEM.
Memastikan keselamatan buku-buku teks daripada malapetaka seperti banjir, anai-anai dan kebakaran
Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar dari semasa ke semasa.
TUGAS JAWATANKUASA PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH (PPDa)
Merancang program Pendidikan Pencegahan Dadah di sekolah bersama jabatan kerajaan atau NGO.
Menjalankan aktiviti dengan kerjasama guru-guru lain.
Menjalankan program-program yang berkaitan atau bertemakan dadah.
Menyampaikan “ Pesanan 5 Minit ” kepada semua murid setiap pagi tentang isu dadah.
Membuat laporan untuk setiap program yang diadakan.
Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar dari semasa ke semasa.
TUGAS JAWATANKUASA 3K (KESELAMATAN)
Merancang dan melaksanakan Program Keselamatan Sekolah.
Menyediakan pelan laluan kebakaran.
Memberi pendedahan kepada murid tentang keselamatan jalan raya, harta benda sekolah, kemudahan asas, pokok-pokok bunga dan kawasan persekitaran sekolah.
Mengadakan latihan menyelamatkan diri daripada kebakaran dan kecemasan.
Memastikan bangunan sekolah sentiasa dalam keadaan selamat.
Memastikan alat pemadam api berfungsi.
Memastikan murid berada dalam keadaan selamat semasa berada di dalam kawasan sekolah.
Pintu pagar sekolah hendaklah sentiasa ditutup kecuali semasa diperlukan.
Pelawat perlu mendapatkan “Pas Pelawat” daripada pengawal keselamatan apabila berurusan dengan pihak sekolah.
Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar dari semasa ke semasa.
TUGAS JAWATANKUASA 3K (KESIHATAN)
Memastikan ada peti kecemasan yang lengkap.
Melatih murid membiasakan diri dengan penjagaan kesihatan dan kebersihan
Bertindak dengan cepat terhadap murid yang mendapat kecederaan atau ditimpa kemalangan
Memastikan tidak ada pembiakan tikus, dan serangga nyamuk dan lalat
Merancang dan menjalankan pemeriksaan terhadap amalan kebersihan murid.
Menyelaras segala aktiviti kesihatan dan amalan kebersihan murid.
Menyediakan rekod untuk murid sakit, cedera dan menerima rawatan.
Memastikan keadaan Bilik Isolasi/Kesihatan diurus dengan rapi dan kemas.
Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar dari semasa ke semasa.
TUGAS JAWATANKUASA 3K (KECERIAAN DAN KEBERSIHAN SEKOLAH)
Merekodkan pemeriksaan kebersihan dan keceriaan setiap kelas setiap minggu.
Menyediakan piala pusingan, wang saguhati dan sijil pemenang bulanan.
Menceriakan kawasan persekitaran sekolah seperti arahan Guru Besar.
Memilih ahli untuk program “Seek & Destroy” dan memastikan ahli bertugas untuk menjalankan pemeriksaan tempat berpotensi pembiakan nyamuk setiap minggu. Laporan diisi dalam buku yang ditetapkan.
Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar dari semasa ke semasa.
TUGAS JAWATANKUASA PROGRAM SUSU SEKOLAH (PSS)
Mengenal pasti murid yang layak mendapat bantuan PSS dengan mengisi Borang Bantuan dan persetujuan menerima bantuan susu.
Menguruskan murid yang mendapat PSS dengan melengkapkan borang yang perlu mengikut arahan Pejabat Pelajaran Daerah.
Memastikan bekalan susu dari PPDJB di simpan di tempat yang bersesuaian dan selamat.
Menguruskan penerimaan dan pengagihan susu kepada murid-murid yang layak.
Menlengkapkan buku rekod kehadiran murid PSS.
Membuat laporan pengenalan program susu sekolah kepada murid-murid yang terpilih dan Laporan akhir tahun untuk di hantar ke Pejabat Pendidikan Daerah.
Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar dari semasa ke semasa.
TUGAS JAWATANKUASA DISIPLIN/SSDM DAN E-PIDP
Memberi panduan tentang peraturan-peraturan di sekolah
Mengawas dan mengawal disiplin murid setiap masa
Merujuk kes-kes disiplin kepada Guru Penolong Kanan HEM.
Mengadakan siasatan kes-kes disiplin yang berlaku di sekolah.
Merekodkan kes disiplin dalam sistem SSDM dan aduan ibubapa/penjaga di E-PIDP.
Bekerjasama dengan guru bertugas untuk mengawal disiplin murid.
Menentukan penerapan nilai-nilai murni di rekodkan.
Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar dari semasa ke semasa.
TUGAS JAWATANKUASA PROGRAM SUSU SEKOLAH (PSS)
Menyemak nama serta alamat semua murid Tahun 1 dan pastikannya betul seperti dalam Sijil Kelahiran.
Menguruskan pendaftaran murid tahun 1 yang telah diluluskan ke sekolah
Menguruskan semua dokumen berkaitan persekolahan untuk semua murid Tahun 1.
Melengkapkan semua maklumat murid dalam fail peribadi murid tahun 1
Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar dari semasa ke semasa.
TUGAS JAWATANKUASA TRANSISI TAHUN 1
Merancang perasmian Program Transisi pada hari pertama persekolahan dan jadual untuk 4 minggu Program Transisi.
Mengadakan perbincangan mengenai aktiviti bersesuai dalam Program
Transisi bersama GPK HEM.
Merancang aktiviti-aktiviti khas setiap hari sepanjang 4 minggu Program Transisi.
Mengadakan lawatan ke kawasan persekitaran sekolah seperti tandas,kantin,dll.
Mengajar murid-murid cara beratur semasa membeli barang di kantin,beratur di tempat perhimpunan dan lain-lain yang berkaitan dengan disiplin murid semasa di kawasan sekolah.
Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar dari semasa ke semasa.
TUGAS JAWATANKUASA PENEMPATAN MURID TAHUN 6 KE SM / SMKA / KRK / SBP
Menyemak nama serta alamat semua murid Tahun 6 dan pastikannya betul seperti dalam Sijil Kelahiran.
Mengedarkan borang pemilihan sekolah menengah SMKA,dan KRK kepada ibu bapa murid Tahun 6 pada bulan September dan melengkapkan semua butiran dalam permohonan online.
Melengkapkan semua butiran dalam permohonan online.
Menguruskan surat penempatan murid yang telah diluluskan untuk dibawa ke sekolah menengah.
Menguruskan Sijil Tamat Persekolahan untuk semua murid Tahun 6.
Melengkapkan semua maklumat murid dalam fail peribadi yang akan dibawa ke sekolah menengah.
Menyerahkan semua dokumen kepada murid Tahun 6 pada hari akhir persekolahan.
Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar dari semasa ke semasa.