Sekolah Kebangsaan Larkin 1 ditubuhkan pada 16 September 1956, iaitu dengan menumpang belajar di bangunan SRK Ngee Heng. Bilangan murid ialah 165 orang dan guru seramai 5 orang termasuk guru besar, Tuan Haji Mohd. Salleh bin Hassan.
Bangunan baru sekolah yang terletak di Jalan Larkin telah siap dibina pada bulan Januari 1957 yang mempunyai 3 buah bangunan termasuk sebuah kantin dan pejabat sekolah. Upacara perasmian pembukaan rasmi sekolah telah dilakukan oleh Yang Teramat Mulia Ungku Tun Aminah (Almarhumah) isteri kepada Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Johor pada 8 Ogos 1957.
Perkembangan pesat telah berlaku, di mana pada tahun 1957 bilangan murid meningkat kepada 965 orang dan bilangan guru meningkat kepada 25 orang. Ini telah memaksa pembukaan cawangan yang ditumpangkan di Sekolah Kebangsaan Air Molek. Pada tahun 1968 bilangan murid terus meningkat kepada 1308 orang dan sebahagian daripada murid-murid ini telah ditumpangkan di bangunan bekas Pusat Latihan Harian di Jalan Yahya Al-Datar. Sekolah cawangan pertama ditutup.
Pada bulan Mei 1969, bangunan tambahan di Jalan Larkin siap dibina. Dengan itu juga, sekolah ini dibahagi kepada dua pentadbiran berasingan dengan nama Sekolah Rendah Kebangsaan Larkin 1 dan Sekolah Rendah Kebangsaan Larkin 2. Bagi menampung pertambahan murid yang sedang meningkat, sebuah bangunan dua tingkat yang mengandungi 10 bilik darjah siap dibina pada tahun 1972.
Bagi kemudahan guru-guru dan murid-murid Islam maka sebuah surau telah dibina pada tahun 1978 dan dirasmikan oleh YB Dato’ Haji Jaafar bin Hamzah, Ahli Parlimen Johor pada 25 Mac 1978.
Bangunan perpustakaan sekolah juga dibina pada tahun 1980 dan boleh menampung sebuah perpustakaan dan bilik pusat sumber untuk kegunaan murid-murid dan guru-guru.
Bagi melancarkan lagi sistem pentadbiran sekolah, beberapa buah bilik khas telah diubah suai mulai tahun 2006. Antaranya ialah :
Kedai buku dan Surau tidak lagi berkongsi dengan SK Larkin 2.
Bilik Sukan telah diubah suai menjadi Surau SK Larkin 1 dan telah dirasmikan pada 13 Nov. 2006 oleh En. Jailani bin Rusni, Pengarah Pelajaran Johor serta diberi nama “MUSOLLA DARULSSAFA”. Hasil ilham Ustaz Muhammad Azhar, Guru Agama SK Larkin 1.
Pembinaan sebuah Astaka (menghadap ke arah padang)
Pembinaan bilik-bilik GPK (bersebelahan pejabat Guru Besar)
Pembinaan bilik J-Qaf, bilik Kaunseling, Bilik Pemulihan dan Kelas Tahun 1.
Dari segi prasarana pula, sebuah taman herba telah diwujudkan, pokok-pokok besar yang sudah tua telah ditebang dan dilakukan pembinaan semula tempat letak kereta di hadapan sekolah.
Mulai tahun 2015, nama bilik darjah iaitu Cerdik dan Cerdas telah ditukar kepada Aula dan Ahsan.
1. TN. HJ. MD. SALLEH B HASSAN ( 1956 - 1969 )
2. EN. HU WEI TEH ( 1969 - 1973 )
3. EN. HO PENG SENG ( 1973 - 1975 )
4. EN. OTHMAN B ALI (PIS) ( 1975 - 1983 )
5. EN. SIVALINGAM ( 1983 - 1990 )
6. EN. OTHMAN B AHMAD ( 1990 - 1994 )
7. EN. ZAINAL ABIDIN B SULAIMAN ( 1994 - 1994 )
8. PN. WAN SOM BT WAN HUSSIN ( 1994 - 1996 )
9. EN. HAMZAH B UZIR ( 1996 - 1997 )
10. PN. VIMALA A/P MUTHIAH NEELAMEGAM ( 1997 - 2003 )
11. EN. KATIGO B SUKIMAN ( 2003 - 2003 )
12. TN. HJ. SYED SALLEH B SYED HASSAN ( 2003 - 2005 )
13. PN. HJH. ROSNAH BT MD. YUSOFF ( 2005 - 2006 )
14. PN. HJH. KAMARIAH BT ABD. KADIR ( 2006 - 2008 )
15. PN HJH JAMALIAH BT ABD AZIZ (2008 - 2011)
16. PN HJH JORIAH BT SHALIHIN (2011 - 2015)
17. EN NAZLI NAZRI BIN ABU HASSAN ( 2016 - 2022 )
18. CIK SHARIFFAH ZURAIDA BT SYED ZAIN (2022 - 2024)
19. PN SARINAH BT MD JAMIN (2024 - SEKARANG)
Visi Sekolah
Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera
Misi Sekolah
Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara
Objektif Sekolah
1. Menyediakan suasana harmoni dan kondusif untuk pengajaran dan pembelajaran yang berkesan
2. Melahirkan murid-murid yang berminat dan sedar tentang pentingnya pendidikan
3. Meningkatkan kemahiran dan keupayaan guru-guru dalam pelbagai pengajaran yang berkesan
4. Memupuk semangat kekitaan dan kemesraan dalam kalangan guru, murid dan isinya.
5. Meningkatkan kecemerlangan dalam bidang kurikulum dan kokurikulum
6. Meningkatkan disiplin dan semangat patriotik dalam kalangan semua warga sekolah
Falsafah Sekolah
Falsafah sekolah terkandung dalam cogan kata sekolah iaitu, BELAJAR, BERKHIDMAT, BERJASA, yang menekankan bahawa setiap murid perlu berusaha dan akhirnya berjaya dalam hidup dengan menjadi insan yang berguna kepada masyarakat, bangsa, agama dan Negara.
Bahawasanya guru-guru yang diamanahkan untuk mendidik murid-murid ini mempunyai kebolehan, kemahiran dan keikhlasan serta kesungguhan dalam menjalankan tugas untuk mencapai hasrat yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Negara.
Matlamat Sekolah
Melahirkan murid yang berpendidikan, berilmu, berketrampilan serta berdisiplin dan seterusnya mengamalkan nilai-nilai positif agar menjadi insan yang berguna kepada masyarakat, bangsa, agama dan Negara.
KAMI WARGA PENDIDIK DAN STAF SK LARKIN 1 DENGAN PENUH TEKAD DAN ILTIZAM, BERIKRAR DAN BERJANJI AKAN :
1. Memastikan sistem pendidikan berjalan dengan baik di sekolah ini bagi memenuhi Kehendak individu dan Negara serta mencapai
matlamat perpaduan negara.
2. Memastikan bahawa perkhidmatan kami adalah dengan penuh dedikasi, komitmen, berdisiplin, bertanggungjawab dan produktif.
3. Memastikan semua murid mendapat pendidikan yang sama tanpa mengira latar belakang, melalui akademik dan kokurikulum ke
arah pendidikan yang cemerlang dan berkesan sepanjang tahun.
4. Menentukan bahawa kami akan berkhidmat dengan cekap dan berkesan sepanjang masa.
5. Memastikan kami sentiasa peka dan responsif kepada kehendak dan keperluan pelanggan :- murid, masyarakat (Ibu Bapa) Negara
/ Kerajaan.
6. Memberi layanan yang mesra, perkhidmatan yang cekap dan jawapan yang segera kepada setiap pelanggan yang berurusan
dengan kami.
7. Menentukan segala surat arahan, aduan dan rayuan diberi jawapan dengan segera, sekurang-kurangnya 3 hari dari tarikh diterima.
8. Bersedia memberi penerangan dan maklumat terkini dengan lengkap, tepat dan cepat kepada yang berkenaan.
9. Sentiasa bersedia dan sanggup menerima pendapat, cadangan dan teguran yang membina daripada semua pihak demi
meningkatkan prestasi perkhidmatan ke tahap kecemerlangan
LENCANA SEKOLAH
WARNA PUTIH
Kebersihan dan disiplin ditekankan kepada setiap warga sekolah.
WARNA HIJAU
Kesuburan fizikal dan akhlak yang terpuji
BENTUK PERISAI
Ketahanan diri warga sekolah menempuh cabaran berpandukan pegangan agama.
TANGKI AIR
Kawasan lama ini suatu ketika dahulu pernah dibina tangki air yang merupakan mercu tanda kawasan Larkin.
MOTTO
BELAJAR, BERKHIDMAT, BERJASA...Kesungguhan dalam setiap kerja dan memberikan hasil kerja terbaik tanpa mengharapkan balasan.
MOTTO SEKOLAH
Motto sekolah ini ialah BELAJAR, BERKHIDMAT, BERJASA yang menekankan bahawa setiap murid perlu berusaha dan akhirnya berjaya dalam hidup dengan menjadi insan yang berguna kepada masyarakat, bangsa, agama dan negara.
Bahawasanya guru-guru yang diamanahkan untuk mendidik murid-murid ini mempunyai kebolehan, kemahiran dan keikhlasan serta kesungguhan dalam menjalankan tugas untuk mencapai hasrat yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Negara.
LAGU SEKOLAHKU
S.K. Larkin 1 yang kucinta,
Muridnya dari pelbagai bangsa,
Dengan satu tujuan dan cita,
Belajar berkhidmat dan berjasa.
Semasa persekolahan,
Pelbagai ilmu dicurahkan,
Kesopanan, dan kesusilaan,
Kita mesti jadikan amalan.
Guruku memimpin supaya kita,
Taatkan Raja serta negara,
K'pada (Kepada) guru-guru, ibu dan bapa,
Jangan sekali kita menderhaka.
Satu bahasa kita tuturkan,
Untuk mengeratkan perpaduan,
Rukun Negara yang diciptakan,
Mestilah kita jadikan amalan.
S.K. Larkin 1 yang kucinta,
Muridnya dari pelbagai bangsa,
Dengan satu tujuan dan cita,
Belajar berkhidmat dan berjasa
STRUKTUR ORGANISASI
Sekolah Kebangsaan Larkin 1, Johor Bahru ini diketuai oleh Cik Shariffah Zuraidah binti Syed Zain selaku Guru Besar. Struktur organisasi sekolah ini terbahagi 3 bidang utama iaitu Bidang Kurikulum di bawah tanggungjawab En. Mohd Zarir bin Ghazali, Bidang Hal Ehwal Murid di bawah tanggungjawab Pn. Jamiah binti Sapari dan Bidang Kokurikulum di bawah tanggungjawab Pn. Masliana binti Ibrahim. Struktur organisasi ini dibantu oleh 26 orang tenaga guru dan 3 orang staf sokongan. Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran dilaksanakan untuk semua murid dalam satu sesi iaitu sesi pagi.
LOKASI SEKOLAH
Sekolah ini terletak di daerah Johor Bahru, Johor, Malaysia. Secara khususnya, ia terletak kira-kira 4.5 km dari pusat Bandaraya Johor Bahru. Sekolah Kebangsaan Larkin 1 atau nama ringkasnya
SK Larkin 1, merupakan sebuah sekolah kebangsaan yang terletak di JKR 1950, Jalan Larkin, 80350 Johor Bahru.
1.HADIR MASA BERTUGAS
1.1 Waktu bekerja pada hari persekolahan adalah seperti berikut:
Hari Ahad hingga Khamis : 07.00 pagi - 02.00 petang.
1.2 Semua guru dan kakitangan sekolah mesti menepati masa bertugas dan berada di kawasan atau tempat bertugas seperti yang ditetapkan. Semua guru dikehendaki datang lebih awal di sekolah bagi memastikan murid-murid beratur, menyelia disiplin, penyediaan jadual guru ganti, pergerakan masuk masuk kelas dan tugasan lain bagi kelincinan pentadbiran. Guru bertugas mingguan hendaklah berada di kawasan sekolah 20 minit lebih awal daripada waktu pertama belajar dan balik lewat daripada guru-guru lain.
2. DISIPLIN GURU-GURU
2.1 Semua guru dikehendaki sampai di sekolah sekurang-kurangnya 10 minit sebelum tugas rasmi (masa pengajaran dan pembelajaran , gerak kerja luar serta latihan- latihan sukan). Guru-guru dikehendaki menandatangani buku kedatangan guru sebaik-baik sahaja sampai di sekolah dan sewaktu meninggalkan sekolah.
2.2 Semua guru wajib berada di tempat bertugas sepanjang masa hari bertugas. Sesiapa yang terpaksa meninggalkan tempat bertugas dan kawasan sekolah pada masa tersebut hendaklah dengan keizinan dan kebenaran guru besar serta mengisi sempurna butir-butir dalam buku meninggalkan tempat / kawasan sekolah semasa waktu bekerja , keluar dan hadir serta balik semula.
2.3 Guru-guru wajib berada di kelas sepanjang masa mengajar yang diperuntukkan. ‘Punctuality’ dijadikan satu kebiasaan. Jika guru terpaksa meningggalkan kelas kerana urusan tertentu , maka mesti dipastikan murid telah diberikan tugas spesifik. Guru-guru perlu berada bersama di mana kumpulan murid itu berada. Meninggalkan kelas atau ponteng adalah dilarang dan tindakan tatatertib akan diambil.
2.4 Pengajaran dan pembelajaran yang terancang,aktif dan efektif hendaklah dijalankan sepanjang masa satu-satu mata pelajaran. Perbuatan duduk sambil mengajar jika bukan atas sebab-sebab kesihatan tidak digalakkan.
2.5 Pada masa tidak mengajar , guru-guru hendaklah membuat kerja-kerja yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran (seperti menanda dan menyediakan BBM).
2.6 Guru-guru digalakkan membaca buku-buku ilmiah di dalam Bilik Guru pada waktu terluang.
2.7 Guru-guru hendaklah mempunyai hubungan yang mesra sesama sendiri untuk menimbulkan suasana kerja yang baik di sekolah. Segala tindak tanduk guru-guru menjadi contoh kepada murid-murid.
2.8 Bilik Guru hendaklah sentiasa bersih, kemas dan teratur sesuai dengan taraf sebagai Bilik Guru.
2.9 Semua guru dengan sendirinya menjadi ahli KEBIRUS.
2.10 Keselamatan murid hendaklah sentiasa diutamakan.
3. TIDAK HADIR BERTUGAS
3.1 Jika guru tidak hadir bertugas pada satu-satu hari bekerja hendaklah segera menghubungi Guru Besar atau GPK melalui telefon pada hari bertugas berkenaan supaya Jadual Guru Ganti dapat disediakan dengan segera.
3.2 Surat sakit/aduan doktor hendaklah diserahkan sendiri kepada Guru Besar untuk disahkan seawal-awalnya apabila bertugas semula. Surat sakit daripada klinik perubatan Singapura hendaklah disahkan oleh hospital kerajaan di Malaysia sebelum diserahkan kepada Guru Besar. Pelajaran yang tergendala semasa bercuti wajib diganti semula.
3.3 Bagi guru yang cuti bersalin /sakit yang lama ,segala tugas dan tajuk-tajuk pelajaran yang perlu disempurnakan untuk diajar hendaklah diberitahu kepada Guru Besar / Penolong Kanan secara bertulis. Dengan ini guru-guru ganti yang tetap akan disediakan agar pembelajaran tidak terjejas. Mengambil cuti sakit jika tidak benar-benar diperlukan eloklah dielakkan untuk kebaikan bersama.
4. PAKAIAN
4.1 Semua guru hendaklah memakai pakaian seperti mana arahan pakaian kakitangan awam Guru oleh Kementerian Pendidikan serta pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Johor.
4.2 Pakaian yang mencolok mata /membuka aurat /warna –warni yang garang tidak digalakkan. Guru hendaklah memberi contoh yang baik kepada murid-murid.
4.3 Semua guru mesti berpakaian kemas , selesa dipandang, sesuai dengan etika dan sifat peribadi seorang guru yang unggul.
4.4 Semua guru mestilah memakai tanda nama dan bertali leher bagi guru lelaki pada setiap hari bekerja. Selipar tidak dibenarkan sama sekali dipakai semasa hari persekolahan.
4.5 Potongan rambut guru lelaki hendaklah pendek dan disisir kemas. Ini adalah untuk mengelakkan “double standard” kepada murid-murid. Guru-guru perempuan pula hendaklah memelihara kerapian rambut yang sewajarnya.
4.6 Purdah, kopiah atau seumpamanya adalah dilarang. Walaubagaimanapun guru-guru perempuan muslim digalakkan memakai tudung kepala atau mini telekung yang sesuai saiz dan warnanya.
4.7 Jangan memakai kasut getah atau selipar semasa mengajar. Kasut kulit, sandal dan berstoking adalah cara yang dikehendaki.
4.8 Bagi Guru makmal /bengkel /sukan Pendidikan Jasmani,sila ikut peraturan yang ditetapkan semasa mengajar di dalam kelas.
5. FAIL PERSEDIAAN MENGAJAR GURU
5.1 Fail Persediaan Mengajar hendaklah dilengkapkan dengan segala butiran yang dikehendaki. Sila ikut format yang disediakan.
5.2 Rancangan Pengajaran Tahunan hendaklah disiapkan dalam tempoh dua minggu persekolahan dibuka dan bertaip. (Fotokopi tulisan tangan tidak dibenarkan sama sekali).
5.3 Semua fail persediaan mengajar dengan perancangan minggu akan datang serta hari pertama pengajaran hendaklah dihantar kepada Guru Besar/GPK untuk disemak pada tiap-tiap hari Khamis atau selewat -lewatnya pada hari Ahad jam 7.30 pagi (jika tidak hadir pada hari Khamis).
5.4 Soalan -soalan peperiksaan setengah tahun dan akhir tahun hendaklah diserahkan kepada Ketua Panitia mata pelajaran untuk semakan.
5.5 Setiap cuti penggal, fail Persediaan mengajar yang ditulis dengan sempurna serta lengkap dengan persediaan hari pertama penggal berikut hendaklah diserahkan kepada guru besar pada akhir persekolahan (kecuali tahun baru).
5.6 Pada akhir tahun semua fail persediaan mengajar diserahkan untuk disimpan di pejabat sekolah.
5.7 Mengekalkan kebersihan, kekemasan dan kesempurnaan fail persediaan mengajar mencerminkan peribadi guru milik anda.
6. BUKU TULIS MURID
6.1 Setiap murid hendaklah dinasihatkan agar membeli buku tulis yang sama bagi setiap mata pelajaran.
6.2 Guru mestilah mengawasi supaya kerja murid dibuat dengan bersih dan teratur.
6.3 Setiap latihan murid mesti ada tarikh dan hari.
6.4 Setiap latihan yang diberi hendaklah disemak dan diperiksa oleh guru dengan menandatangani dan mencatatkan tarikh diperiksa dengan dakwat merah.
6.5 Guru hendaklah memastikan yang setiap kesalahan murid dibuat pembetulan.
6.6 Guru-guru dikehendaki menghantar buku-buku tulis murid kepada Guru Besar atau Penolong Kanan apabila dikehendaki.
6.7 Guru-guru dikehendaki mengecop buku-buku tulis murid dengan cop khas untuk ditandatangani secara berkala dan meminta ibu bapa memeriksa dan menandatanganinya.
7. CUTI
Cuti-cuti yang dibenarkan :-
7.1 Cuti sakit dengan sokongan Surat Akuan Doktor.
7.2 Cuti Rehat Khas atau Cuti sambilan dengan budi bicara/ kebenaran Guru Besar. ( BUKAN MENJADI HAK ) PERMOHONAN MELALUI SISTEM HRMIS.
7.3 Cuti-cuti lain mengikut perintah am.
8. ALAT BANTUAN MENGAJAR
8.1 Guru-guru digalakkan dan disarankan untuk membuat persediaan dan menggunakan Bahan Bantuan Mengajar.
8.2 Keselamatan komputer riba adalah tanggungjawab guru berkenaan.
9. KAWALAN MURID
9.1 Semua guru mesti mengambil berat tentang kawalan murid ketika :-
1. Di dalam kawasan sekolah.
2. Di dalam bilik darjah / makmal / bengkel / dewan.
3. Keluar / masuk bilik darjah.
4. Sewaktu datang / pulang dari sekolah.
5. Di padang.
9.2 Guru hendaklah sentiasa berada bersama-sama murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran untuk mengelakkan sesuatu perkara yang tidak diingini berlaku. Sekiranya berlaku juga perkara yang tidak diingini, guru yang mengajar pada masa perkara itu berlaku akan dipertanggungjawabkan.
10. MESYUARAT
10.1 Panggilan mesyuarat dijalankan dengan kebenaran Guru Besar.
10.2 Selepas waktu persekolahan sesi pagi.
10.3 Minit mesyuarat mesti dicatat dan mesti diedarkan seminggu selepas mesyuarat dijalankan .
11. MENGHUKUM MURID
11.1 Guru-guru tidak dibenarkan menghukum, mendera atau menggunakan Kata-kata kesat/kasar kepada murid-murid. Hukuman berat hanya dibenarkan kepada Guru Besar.Hukuman-hukuman lain ke atas murid dilaksanakan oleh Guru-guru Penolong Kanan dengan kebenaran Guru Besar melalui surat penurunan kuasa.
12. KEGIATAN SAMPINGAN
12.1 Kegiatan sampingan seperti ‘direct selling’ atau promosi barangan baru berbentuk komersial tidak dibenarkan dilakukan oleh guru-guru atau kakitangan pada waktu persekolahan.
13. ATUR CARA PERHIMPUNAN MINGGUAN
a. Ucapan pengerusi majlis
b. Bacaan Doa
c. Nyanyian Lagu Bangsa Johor
d. Nyanyian Lagu Negaraku
e. Nyanyian Lagu sekolah
f. Ikrar
g. Laporan guru bertugas mingguan
h. Kesedaran Sivik dan Amalan Nilai Murni
I. Penyampaian hadiah (Jika ada )
j. Ucapan Guru Besar / Penolong Kanan
14. MENINGGALKAN NEGARA
Jika ingin bercuti atau untuk urusan lain ke luar negara Malaysia, surat kebenaran daripada Ketua Jabatan / Pengarah hendaklah disempurnakan seperti dalam perintah Am Kerajaan.
Memastikan bekalan peralatan yang mencukupi.
Melaporkan segera sekiranya terdapat peralatan baru atau perabot di dalam kelas yang rosak atau membahayakan murid.
Menghantar perabot yang rosak ke tempat yang ditetapkan untuk awasan keselamatan.
Menanamkan semangat sayang akan harta benda sekolah dengan lebih mengutamakan keselamatan murid melalui peringatan dan makluman setiap hari kepada murid.
Mengarahkan ketua darjah memastikan kebersihan kelas terjaga.
Melengkapkan ruangan papan kenyataan dengan perkara-perkara berikut:
Jadual Waktu Kelas
Jadual Waktu Bertugas
Peraturan Sekolah
Pelan Sekolah
Senarai Ahli Jawatankuasa Kelas
Senarai nama murid untuk rujukan guru
Senarai nama guru mata pelajaran
Maklumat tentang mata pelajaran
Hasil-hasil kerja murid dan ABM yang ditukar ganti
Menghias meja guru.
Memperingatkan murid tidak menconteng dinding, meja dan kerusi di dalam kelas.
Memastikan kebersihan dan keceriaan dalam dan luar kelas.
Kemaskini data kehadiran dalam e-kehadiran setiap hari persekolahan sebelum pukul 12.00 tengah hari.
Memastikan Buku Rekod Kawalan Bilik Darjah ada di dalam bilik darjah dan dilengkapi.
Memastikan Aplikasi Pengkalan Data Murid (APDM) dilengkapkan dan dikemaskini mengikut masa yang ditetapkan.
Memastikan Rekod Peribadi Murid dilengkapkan dengan sempurna.
Memastikan Slip Keputusan Peperiksaan / Penilaian dikeluarkan selepas tempoh peperiksaan dijalankan.
Memastikan Fail Profil Murid dilengkapkan mengikut tempoh yang ditetapkan.
Sila maklumkan pada guru penolong kelas jika tidak hadir ke sekolah
Kemaskini data kehadiran murid dalam e-kehadiran untuk kelas yang guru kelas tidak hadir. Dihantar ke pejabat selewatnya sebelum 12.00 tengah hari.
Memastikan Buku Kawalan Kelas dilengkapkan dan dihantar ke pejabat sebelum tamat persekolahan hari yang sama.
Mengambil kedatangan murid serta memastikan kedatangan murid dikemaskini dalam APDM jika guru kelas tidak hadir ke sekolah.
Hadir sekurang-kurangnya 20 minit sebelum persekolahan bermula dan pulang sekurang-kurang 30 minit setelah sekolah berakhir.
Memastikan bilik-bilik darjah telah disapu, sampah-sarap telah dibuang serta lampu dan kipas/tingkap telah ditutup setelah tamat persekolahan.
Mengawasi disiplin pelajar di luar waktu belajar seperti waktu rehat dan waktu sebelum loceng pertama dibunyikan, sekitar kawasan sekolah dan mengambil kawasan yang segera dan munasabah jika perlu.
Mengawasi kebersihan bilik-bilik darjah, tandas, kantin, bilik-bilik khas dan kawasan sekolah.
Memeriksa kebersihan makanan yang dijual di kantin.
Menguruskan rawatan pelajar yang sakit dan menghantar mereka ke rumah /ke hospital / ke klinik.
Mengeluarkan surat kebenaran ke hospital dan merekodkan nama pelajar yang memohon.
Mengawasi pelajar menepati waktu datang dan pulang ke menepati waktu datang dan pulang,masa rehat dan masa pertukaran guru.
Menguruskan hal-hal bersabit dengan kehilangan barang-barang
Menentukan keselamatan di sekitar awasan sekolah serta mengawasi harta benda sekolah.
Mencatatkan kegiatan-kegiatan sekolah seperti sukan, persatuan-persatuan, unit beruniform dan aktiviti-aktiviti lain yang dijalankan.
Membuat catatan tentang perkara-perkara penting yang berlaku sepanjang hari/minggu persekolahan ke dalam Buku Laporan Bertugas, antara perkara-perkara yang dicatat ialah ;
kedatangan pelajar, guru dan staf sokongan
pelajar ponteng, tidak hadir atau sakit
lawatan-lawatan/pelawat
ucapan/pengumuman-pengumuman dalam perhimpunan
laporan hari Isnin ditulis di dalam buku khas mengenai perhimpunan
Membuat laporan di dalam Buku Laporan Bertugas yang disediakan dan hantar ke pejabat setiap hari untuk disemak sebelum pukul 2.00 petang.
Perhimpunan;
14.1 Memastikan semua guru dan pelajar menghadiri perhimpunan
14.2 Memastikan bendera-bendera,pembesar suara dan tempat duduk guru disediakan.
14.3 Memastikan pelajar beratur dengan kemas.