Pengenalan
Rasional Kursus:
Kursus ini ditawarkan supaya pelajar dapat kefahaman mengenai konsep dan pelaksanaan pendidikan inklusif dalam bidang Bahasa Melayu di Malaysia.
Kursus ini merangkumi sejarah, matlamat, dasar; pendekatan dan pelaksanaan pendidikan inklusif; dan peranan pihak berkepentingan dalam pelaksanaan pendidikan inklusif. Kursus ini juga menekankan tentang konsep dan pelaksanaan pedagogi inklusif; dan membincangkan faktor kritikal kejayaan dan cabaran dalam pelaksanaan pendidikan inklusif.
Nilai Kredit (Credit Value): 2
Hasil Pembelajaran Kursus (Course Learning Outcomes, CLO)
Pada akhir kursus ini pelajar akan dapat:
1. Menjelaskan konsep, matlamat dan dasar pendidikan inklusif (C2, PLO1)
2. Menghuraikan pelaksanaan pendidikan inklusif di sekolah (C2, PLO1)
3. Menganalisis peranan dan tanggungjawab pihak berkepentingan dalam pelaksanaan pendidikan inklusif (C4, PLO3, CTPS2)
4. Merangka aktiviti pengajaran dan pembelajaran bagi kanak-kanak bermasalah pembelajaran, masalah penglihatan dan masalah pendengaran yang berada di dalam kelas aliran perdana dengan membuat rujukan daripada pelbagai sumber (C6, A2, PLO3, PLO6, CTPS3, LL1)
5. Mencadangkan langkah-langkah bagi menangani isu dan cabaran dalam pelaksanaan pendidikan inklusif di sekolah (C6, A2, PLO3, CTPS3)
Kisah Inspirasi PPPM
Pendidikan Khas Untuk Semua