Tempat : Bilik Mesyuarat SK Parit 13
Masa : 1.00 tengahari - 2.00 petang
Hari : Khamis
Tarikh : 07.09.2023
Pelarasan kutipan data murid pemulihan khas Ogos bersama jawatankuasa pemulihan khas sekolah. Pelarasan ini bertujuan bagi memastikan seluruh ahli jawatankuasa mengambil kata putus bersama bagi menentukan usaha yang sesuai bagi murid yang telah melepasi ujian pelepasan kali ini. Ia juga bertujuan agar dapatan ujian pelepasan serta kemahiran yang dipamerkan oleh murid di kelas perdana adalah selari.
Berdasarkan perbincangan, seorang murid (Muazah) dapat ditempatkan semula di kelas perdana. Murid ini akan melalui PROGRAM ABU (Asimilasi Budaya) sebelum ditempatkan sepenuh masa di kelas perdana.