Pada 6 Oktober 2023 yang lepas, pihak Sekolah Kebangsaan Parit 13 telah melaksanakan Program Bicara Santai & Dialog Prestasi antara guru bersama ibu bapa / penjaga murid Sekolah Kebangsaan Parit 13.
Semua ibu bapa serta penjaga murid dijemput menghadiri program ini.
Program ini turut melibatkan sesi perkongsian oleh mantan Timbalan PPD Sektor Pembelajaran PPD Sabak Bernam, Puan Hajah Noor Aida Binti Ngat Denin yang sangat memberi inspirasi kepada seluruh warga SK Parit 13.
Dikesempatan ini juga Kelas Tunas Ilmu SK Parit 13 turut menganjurkan Program Temu Mesra bersama Ibu Bapa serta penjaga murid pemulihan khas. Memandangkan ibu bapa murid pemulihan yang terlibat pernah hadir ke program perkongsian ilmu bersama guru pemulihan khas, maka sesi kali ini dilihat ibu bapa semakin yakin untuk berbincang bersama guru pemulihan khas.
Pelbagai perkara dapat dikongsikan bersama semasa penganjuran program ini.