SK Parit 13 merupakan antara sekolah di daerah Sabak Bernam yang tidak mempunyai PPKI. Walaubagaimana pun dengan keadaan PPKI di daerah yang kapasitinya kian mencapai 100%, terdapat murid inklusif yang perlu ditempatkan di sekolah asal.
Setelah beberapa bulan mengendalikan & menguruskan murid inklusif ini, guru pemulihan khas mengalami beberapa cabaran. Oleh itu, iSQUAD ini ditubuhkan bagi membantu Guru Pemulihan Khas dalam mengendalikan murid inklusif yang ditempatkan di SK Parit 13.
Lantikan iSQUAD terdiri daripada :-
i. Murid yang masih mengikuti Program Pemulihan Khas
ii. Murid pemulihan khas yang telah ditempatkan kembali ke kelas perdana.
Rasional lantikan ini kerana murid-murid ini telah biasa melihat cara guru pemulihan khas mengendalikan aktiviti untuk murid inklusif yang terlibat.
Skop Tugas iSQUAD
i. Memahami cara penggunaan modul aktiviti dalam iKIT untuk murid inklusif
ii. Membantu guru melaksanakan modul aktiviti dalam iKIT
iii. Memastikan modul-modul aktiviti dalam iKIT sentiasa tersusun rapi
iv. Membantu guru mengawal murid inklusif semasa program khas di sekolah dengan cara melaksanakan aktiviti yang terdapat dalam kit modul aktiviti.