Mini Terrarium Yang Dihasilkan
Projek PBL ini dijalankan dengan melibatkan empat panitia bagi menjayakan dan memberi impak besar kepada murid-murid Tahun 6 khususnya dan warga sekolah amnya. Antara panitia yang terlibat adalah panitia Sains, Matematik, Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu.
Dalam PBL ini, setiap kumpulan peserta perlu melaksana dan melengkapkan projek mengikut skop dan standard pembelajaran setiap subjek yang ditetapkan. Dengan cara ini, peserta PBL akan dapat membuat hubung jalin dan merentas komponen subjek berkaitan, seterusnya akan menghasilkan sebuah projek yang menarik dan menyeronokkan.
Berikut adalah antara foto-foto yang diambil sepanjang projek PBL dijalankan.
Perbincangan Rakan Elit bersama guru dan pentadbir.
Perbincangan pentadbir bersama guru.
Perbincangan guru bersama kumpulan murid.
Pembentangan Tugasan Bahasa Inggeris
Pembentangan Tugasan Bahasa Melayu
Berikut adalah Rubrik 6C dan Rubrik pemarkahan yang digunakan sepanjang projek PBL ini dijalankan.
Pn. Nurul Salfarina Binti Khairul Anuar, merupakan guru subjek Sains yang berperanan sebagai pembimbing kepada murid-murid Tahun 6 dalam melaksanakan projek ini.
Pn. Noradyani Binti Khuzairi, merupakan guru Matematik yang berperanan sebagai pembimbing kepada murid-murid Tahun 6 dalam melaksanakan projek ini.
En. Mohd Fikri Bin Mad Nor, merupakan guru Bahasa Inggeris yang berperanan sebagai pembimbing kepada murid-murid Tahun 6 dalam melaksanakan projek ini. Beliau
Pn. Siti Mayang Binti Mohd Jahan, merupakan guru Bahasa Melayu yang berperanan sebagai pembimbing kepada murid-murid Tahun 6 dalam melaksanakan projek ini. Beliau
Pada kesempatan ini, kami warga SK Padang Sebang (SKePS) ingin merakamkan sekalung penghargaan dan terima kasih kepada Rakan Elit kami iaitu Pn. Hjh. Wan Norhayati Binti Wan Ibrahim (SISC+ PPDAG) dan En. Rosli Bin Badrun (IAB) dalam usaha membantu dan membimbing kami untuk menjayakan projek PBL pada kali ini. Tidak lupa juga kepada semua pihak kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun secara tidak langsung.
Semoga dengan pelaksanaan projek PBL ini dapatlah kami membudayakan cara kerja yang telah diterapkan akan dapat dilaksanakan dengan berterusan bagi melahirkan anak murid SK Padang Sebang yang berkreativiti dan berinovasi tinggi.