Standard Pembelajaran Matematik
5.1 Penyelesaian masalah melibatkan wang
5.1.2 Menyelesaikan masalah harian melibatkan untung dan rugi, diskaun, harga kos, harga jual, bil, invois, rebat, asset dan liability, faedah dan cukai perkhidmatan.
Aktiviti pembelajaran
Langkah1 :
Taklimat kepada murid.
Langkah2 :
Murid mencari, mengumpul maklumat dan berbincang di dalam kumpulan untuk mencari kos, harga jual, untung dan rugi terrarium yang dihasilkan.
Langkah3 :
Murid menghasilkan jadual harga kos serta cara mendapatkan keuntungan dan membincangkan di dalam kumpulan bagaimana jika berlaku kerugian. Disamping menitikberatkan penjimatan dengan penggunaan bahan lestari.
Langkah4 :
Murid membuat pembentangan antara kumpulan.
Rubrik Pengesanan 6C
1. Sahsiah
Dimensi :Belajar cara belajar
Permulaan: Murid berupaya bekerjasama dengan guru untuk memilih topic dan mencari atau mereka bentuk peluang yang membolehkan mereka belajar apa diperlukan.
2. Kolaboratif
Dimensi :Refleksi terhadap proses pembelajaran untuk lebih membangunkan dan menambahbaik komunikasi
Berkembang :Komunikasi menjadi semakin baik sepanjang proses pelaksanaan tugasan.
3. Kreativiti
Dimensi : Kepimpinan untuk melaksanakan tindakan.
Kemajuan: Murid mempunyai kemahiran memimpin yang boleh mengerakkan ahli kumpulan.