Standard Pembelajaran Sains
4.2 Interaksi antara tumbuhan
4.2.1 Memerihalkan faktor persaingan antara tumbuhan melalui pemerhatian menerusi pelbagai media iaitu:
Air
Cahaya matahari
Nutrien
Ruang
Aktiviti pembelajaran
Langkah 1 :
Memilih bahan kitar semula seperti menggunakan bekas kuih atau botol minuman dan dihiaskan dengan aksesori yang bersesuaian mengikut kreativiti murid-murid.
Langkah 2 :
Menyediakan alatan dan bahan sokongan berdasarkan projek yang telah dirancang.
Langkah 3 :
Menggabungkan bahan-bahan yang disediakan bagi menghasilkan model binaan yang menarik.
Langkah 4 :
Melakar dan menghasilkan pelbagai bentuk hiasan dengan menggunakan bahan kitar semula pada model terrarium yang dihasilkan.
Rubrik Pengesanan 6C
1. Sahsiah
Dimensi : Minat yang tulen terhadap manusia dan kelestarian alam sekitar.
Kemajuan : Murid amat menghargai kepentingan alam sekitar dalam kelangsungan hidup sebagai manusia
2. Kolaboratif
Dimensi : Kemahiran interpersonal dan berkumpulan
Cemerang : Murid mengambil tanggung jawab aktif, secara individu dan kolektif, untuk memastikan kerjasama
yang berkesan
3. Kreativiti
Dimensi : Keusahawanan ekonomi dan sosial
Cemerlang : Murid mempunyai bakat sebenar dalam mengenal pasti peluang untuk mencipta nilai ekonomi dan
sosial ke arah penyelesaian masalah yang penting atau mencari peluang baru