SKPM Kualiti@Sekolah
SK@S
SK@S
PENGENALAN
Standard Kualiti Asas Sekolah (SK@S) ialah satu set standard minimum yang digunakan untuk menilai tahap asas kualiti sesebuah sekolah. SKas berfungsi sebagai penanda aras awal bagi memastikan sekolah berada pada tahap operasi yang memuaskan sebelum bergerak ke tahap peningkatan kualiti yang lebih tinggi. Melalui SKas, sekolah dinilai dari aspek pengurusan organisasi, keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran, pengurusan sokongan kepada murid serta keadaan dan penggunaan sumber fizikal sekolah. Penilaian ini membantu pihak sekolah mengenal pasti kekuatan dan kelemahan asas, seterusnya membolehkan PPD dan JPN merancang bentuk sokongan profesional yang bersesuaian. Secara keseluruhan, SKas memastikan setiap sekolah mencapai tahap asas kualiti pengurusan dan pelaksanaan pendidikan sebelum proses penambahbaikan yang lebih komprehensif dilaksanakan melalui model penilaian lain seperti SKPMg2.