PENGENALAN
Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) yang berkualiti merupakan asas penting dalam menentukan kemenjadian murid seperti yang dihasratkan. Pelaksanaan PBD yang sistematik dan menyeluruh membolehkan guru mengumpul maklumat tentang perkembangan, kemajuan dan penguasaan murid dalam proses pembelajaran. Modul ini disediakan sebagai panduan melaksanakan PBD dalam kelas yang mempunyai bilangan murid yang ramai (kelas padat). Pelbagai strategi pentaksiran yang sesuai dengan konteks kelas padat, termasuk pengurusan masa, kaedah pentaksiran, penggunaan instrumen yang praktikal serta penyesuaian teknik pengajaran dan pembelajaran diperkenalkan. Contoh-contoh amalan terbaik dan templat pelaporan serta cadangan pengubahsuaian kaedah PBD bagi memudahkan pelaksanaan PBD turut dimuatkan di dalam modul ini. Diharapkan modul ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh guru, bagi memastikan pelaksanaan PBD berlaku secara berkesan walaupun dalam persekitaran kelas yang padat.