PEMAKLUMAN INSTRUMEN PENJAMINAN MUTU PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH 2026
(KLIK POSTER UNTUK MUAT TURUN INSTRUMEN PENJAMINAN MUTU PBD)
MAKLUMAN TARIKH PEREKODAN DAN PELAPORAN PENTAKSIRAN BILIK DARJAH DALAM SISTEM PENGURUSAN PENTAKSIRAN BERSEPADU BAGI TAHUN 2026
Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk dan surat KPM.600-3/1/5 Jld. 6 (3) bertarikh 19 Disember 2025 adalah berkaitan.
Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah melaksanakan penambahbaikan dengan membangunkan fungsi tarik data dalam Sistem Pengurusan Pentaksiran Bersepadu (SPPB): Modul Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) yang melibatkan murid berpindah kelas atau sekolah. Penambahbaikan ini bertujuan memastikan ketepatan dan kesinambungan pengisian data PBD bagi murid yang terlibat.
Sehubungan dengan itu, infografik berkaitan fungsi tersebut dilampirkan untuk rujukan dan tindakan pihak sekolah. Mohon kerjasama semua pihak untuk mengambil maklum dan melaksanakan tindakan yang berkaitan mengikut garis panduan yang ditetapkan.
Sekiranya terdapat sebarang aduan teknikal atau pertanyaan berkaitan perekodan dan pelaporan dalam Modul PBD: SPPB, pihak sekolah boleh menghubungi Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM) melalui pautan berikut:
Kerjasama dan perhatian semua pihak amat dihargai. Terima kasih.
Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah membangunkan Sistem Semakan Keputusan Pentaksiran (SSKP) bagi membolehkan ibu bapa/penjaga mengakses pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) akhir sesi akademik 2025/2026 secara dalam talian.
Sehubungan itu, pelaporan PBD murid bagi negeri Pahang boleh disemak mulai 23 hingga 31 Disember 2025 melalui pautan
Bagi memastikan kelancaran pelaksanaan SSKP yang melibatkan pengurusan data yang besar, Kementerian Pendidikan telah menyusun jadual semakan oleh ibu bapa/penjaga mengikut negeri seperti jadual di atas.