Hasil Pembelajaran Topik
• Perkembangan sistem pengangkutan
- Peringkat permulaan
- Peringkat mesin mudah
- Peringkat enjin dan motor
• Asas enjin pembakaran
- Enjin petrol
- Enjin dua lejang
- Enjin empat lejang
• Kenderaan cekap tenaga (EEV)
- Kenderaan elektrik
- Kenderaan hibrid
- Kenderaan berbahan bakar alternatif
- Kenderaan menggunakan tenaga solar
Kuliah & Perbincangan
Adakah anda ingat apa yang telah dipelajari semasa di tingkatan 4 dulu tentang:
Pengembangan sistem pengangkutan
Asas enjin pembakaran
Kenderaan cekap tenaga
Jom kita buka buku dulu...
BAB 4 PENGANGKUTAN - muhammadaddibiman | Membalik PDF Dalam talian | AnyFlip
Pengangkutan Hijau
Apa tu... semua kenderaan berwarna hijau ke?
Pencemaran daripada pengangkutan merupakan penyumbang terbesar kepada perubahan iklim dunia iaitu menghampiri 25% pengeluaran CO2. Kajian juga menunjukkan bahawa sebanyak 75% daripada jumlah pengeluaran CO2 adalah berpunca daripada pengangkutan jalan dan jumlah ini semakin bertambah dari semasa ke semasa. Didapati hampir 95% daripada Sektor Pengangkutan ini menggunakan bahan api minyak dan ini merupakan 60% daripada penggunaan minyak dunia. Usaha yang sistematik perlu dirancang dan dilaksanakan dalam sektor ini bagi mengurangkan pencemaran udara dan juga untuk mencapai persekitaran yang lestari. Oleh sebab itu, penjenamaan Pengangkutan Hijau adalah berteraskan aktiviti pengangkutan yang mesra alam dan memberi kesan positif terhadap persekitaran sedia ada. Dalam hal ini Pengangkutan Hijau akan melibatkan kecekapan penggunaan sumber dan penstrukturan semula sistem pengangkutan supaya lebih selamat dan selesa.
Oooo....dah tahu
Sila tonton video ini dan ceritakan kepada kawan-kawan anda di dalam kelas.
Jom kita fikirkan bersama!
Pengangkutan Hijau mempunyai pelbagai kebaikan dari segi persekitaran, kesihatan ekonomik dan perbelanjaan.
Bincangkan beberapa faedah yang diperoleh menerusi penggunaan Pengangkutan Hijau.
Secara berkolaboratif, kongsikan Perbincangan anda melalui pembentangan secara infografik dan kongsi dengan kawan-kawan di Jamboard:
https://jamboard.google.com/d/19_rP9eESxb8rFQfg9OMKiyEwdyBITn_RrcHhTKx3eU8/edit?usp=sharing