Hasil Pembelajaran Topik
• Definisi dan tujuan bangunan hijau
• Kriteria utama bangunan hijau
- Penggunaan tenaga yang cekap
- Kualiti persekitaran dalaman yang kondusif
- Tapak bangunan yang lestari
- Sumber dan bahan binaan lestari
- Penggunaan air yang cekap
- Reka bentuk bangunan hijau yang inovatif
Kuliah & Perbincangan
Apakah yang anda faham mengenai Bangunan Hijau?
Sebuah bangunan hijau adalah bangunan yang mengamalkan konsep mesra alam dalam seluruh kitar hidupnya, termasuklah:
Perancangan
Reka bentuk
Pembinaan
Penjagaan
Perobohan
Sila Rujuk di sini:
Apa Itu Konsep Bangunan Hijau Di Malaysia? (propertyguru.com.my)
Ciri-ciri Utama Reka bentuk Bangunan Hijau:
Tapak, orientasi dan bentuk bangunan
Spesifikasi sampul bangunan yang berpretasi tinggi
Memaksimumkan ciri-ciri pasif tenaga bangunan seperti pencahayaan sian, penyejukan bangunan dan ventilasi
Sistem mekanikal bangunan yang cekap tenaga
Penggunaan alatan dan peranti individu yang cekap tenaga
Sistem berpiawai di dalam pentauliahan bangunan (commosioning) bangunan, sistem dan alatan di dalam bangunan
Sila tonton video ini dan ceritakan kepada kawan-kawan anda di dalam kelas.
Jom kita fikirkan bersama!
Lakarkan tempat kediaman / rumah untuk anda dan keluarga dapat tingggal dan berlindung berdasarkan kefahaman anda mengenai konsep, ciri-ciri dan reka bentuk Bangunan Hijau serta memenuhi kriteria berikut:
Penggunaan tenaga yang cekap
Kualiti persekitaran dalaman yang kondusif
Tapak bangunan yang lestari
Sumber dan bahan binaan lestari
Penggunaan air yang cekap
Reka bentuk bangunan hijau yang inovatif
Secara berkolaboratif, kongsikan lakaran dan perbincangan anda melalui pembentangan video tik-tok. (Kongsi link video dengan pensyarah dan kawan-kawan)