Hasil Pembelajaran Topik
• Definisi Teknologi Hijau
• Dasar Teknologi Hijau Kebangsaan
• Sektor Teknologi Hijau
- Sumber Tenaga
- Pengurusan Sisa Pepejal
- Bangunan
- Pengangkutan
- Pertanian
Kuliah & Perbincangan
Definisi Teknologi Hijau
Teknologi Hijau merujuk pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem untuk memelihara alam sekitar dan alam semulajadi dan meminimumkan atau mengurangkan kesan negatif daripada aktiviti manusia.
Teknologi Hijau merujuk produk, peralatan, atau sistem yang memenuhi kriteria-kriteria berikut:
Ia meminimumkan degrasi persekitaran
Ia mempunyai pembebasan Gas Rumah Hijau (GHG) yang rendah atau sifar
Ia selamat untuk digunakan dan menyediakan persekitaran sihat dan lebih baik untuk semua hidupan
Menjimatkan tenaga dan sumber asli
Menggalakkan sumber-sumber yang boleh diperbaharui.
Empat Tonggak Dasar Teknologi Hijau Negara Tenaga
Mencari ketidakbergantungan tenaga dan mempromosikan kecekapan tenaga
Alam sekitar - Memulihara dan meminimumkan kesan kepada alam sekitar
Ekonomi - Meningkatkan pembangunan ekonomi negara melalui penggunaan teknologi
Sosial - Meningkatkan kualiti hidup untuk semua.
Matlamat kebangsaan mengenai Dasar Teknologi Hijau adalah untuk menyediakan hala tuju dan motivasi untuk rakyat Malaysia terus menikmati kualiti kehidupan yang baik dan persekitaran yang sihat.
Apakah Sektor Teknologi Hijau?
Secara umumnya, terdapat tujuh (7) sektor Teknologi Hijau yang utama iaitu Sektor Bekalan Tenaga, Pengurusan Sisa dan Air Sisa, Bangunan, Pengangkutan, Industri, Pertanian dan Perhutanan serta ICT.
Sila Rujuk:
GreenTech & STEM-Biodiversiti - Sektor Teknologi Hijau (google.com)
Sila tonton video berkaitan sektor-sektor teknologi hijau.
Jom kita fikirkan bersama!
Bagaimanakah Sektor Bekalan Tenaga, terutamanya melalui pelaksanaan Tenaga Boleh Baharu seperti tenaga hidroelektrik, tenaga angin, tenaga biojisim, tenaga geoterma, tenaga solar, tenaga ombak, dan bahan api bio, boleh menjadi penyelesaian yang proaktif dan berkesan dalam menangani penguasaan bahan api fosil di pasaran industri dunia, yang selain daripada penipisan stok, turut memberikan kesan negatif kepada alam sekitar dan menyumbang kepada pencemaran?
Bagaimana pengurangan gas karbon dioksida dalam udara melalui penanaman lebih banyak pokok, pengawalan aktiviti pembalakan, penggunaan baja kompos, pengurusan pengairan tanaman dengan menggunakan air hujan, dan peningkatan amalan penanaman dapat dianggap sebagai pendekatan yang proaktif dan berkesan dalam Sektor Pertanian dan Perhutanan?
Secara berkolaboratif, kongsikan jawapan anda disini!
https://docs.google.com/presentation/d/175eAnZcvbbzyQ6J2y9UPooepaqWwFMBFE5sko7sY9qg/edit?usp=sharing