PALS1012
ASAS KELESTARIAN & TEKNOLOGI HIJAU
PALS1012
ASAS KELESTARIAN & TEKNOLOGI HIJAU
Assalamualaikum dan Salam Sejatera!
Jom teroka OPD Asas Kelestarian dan Teknologi Hijau: PALS1012
MODERATOR
Kursus ini dikendalikan oleh Pn Hasnira bt Embong ( Jabatan Sains )
SINOPSIS
Kursus ini memberi fokus kepada teknologi hijau dan asas kelestarian, merangkumi tajuk berkaitan teknologi hijau, bekalan tenaga, kecekapan tenaga, pengurusan sisa pepejal, bangunan, pengangkutan, pertanian, amalan 5R dan perhutanan. Kursus ini bertujuan memperluaskan pengetahuan tentang teknologi hijau dan asas kelestarian ke arah pengekalan sumber alam sekitar untuk diwarisi oleh generasi akan datang. Selain itu, kursus ini juga membolehkan pelajar mengaplikasikan penggunaan produk serta sistem yang dapat mengurangkan degradasi kualiti persekitaran, rendah atau sifar pembebasan gas rumah hijau, jimat tenaga dan sumber asli dengan menggunakan sumber Tenaga Boleh Baharu serta selamat pada alam sekitar.
HASIL PEMBELAJARAN KURSUS (HPK)
Menjelaskan idea tentang konsep teknologi hijau dan asas kelestarian serta langkah-langkah untuk menyelesaikan masalah berkaitan alam sekitar.
(C2, HP1)
Menganalisis produk teknologi hijau berdasarkan isu-isu semasa global mengenai alam sekitar. (C4, A5, HP2, HP6, KKG2, KMD2)
Membina model prototaip produk lestari berkosepkan Teknologi Hijau. (C6, P3, HP2, HP3, KKG5)