Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian (BSKK), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah merancang pelaksanaan pertandingan-pertandingan Kokurikulum Akademik STEM sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Covid-19. Pelaksanaan pertandingan-pertandingan Kokurikulum Akademik STEM ini merupakan usaha BSKK, KPM bagi memastikan Inisiatif Perkukuhan STEM, Kementerian Pendidikan Malaysia dapat terus dilaksanakan walaupun dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Covid19.
Usaha melaksanakan aktiviti-aktiviti pertandingan Kokurikulum Akademik STEM bertujuan merealisasikan salah satu elemen utama (Keberhasilan Murid) dalam Inisiatif Perkukuhan STEM, iaitu melahirkan murid yang berkebolehan mereka cipta, berfikiran secara logik, menggunakan teknologi, menyelesaikan masalah dan mencipta idea atau sesuatu yang baharu melalui pembelajaran bersepadu merangkumi STEM yang mengaplikasikan konteks dunia sebenar.
Pertandingan-pertandingan dalam Karnival STEM 2021 ini berfokuskan perkembangan kognitif, psikomotor dan afektif dalam kalangan peserta. Dalam pertandingan-pertandingan ini, murid-murid diberi peluang untuk menyerlahkan bakat dan keupayaan mereka dalam menghasilkan projek-projek STEM masing-masing dan dihantar secara dalam talian kepada Jabatan Pendidikan Negeri masing-masing untuk dinilai di peringkat negeri sebelum di pertandingkan di peringkat kebangsaan. Pelaksanaan Karnival STEM 2021 adalah berkonsepkan dalam talian di samping mengaplikasikan pengetahuan dalam bidang STEM dan penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam menghasilkan projek atau menjawab soalan-soalan olimpiad dalam pertandingan-pertandingan yang disediakan.
SEBARANG PERTANYAAN SILA HUBUNGI;
URUSETIA PERTANDINGAN KARNIVAL STEM 2021,
UNIT PEMBANGUNAN BAKAT MURID,
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SEMBILAN.
NO TELEFON : 06 7653497 / 013 8550253 (PN. BALQIS - PENOLONG PENGARAH UPBM, JPNS)
NO TELEFON PENGERUSI TEKNIKAL : 011 12358429 (TUAN HAFEEZ)
EMEL : jpn-negeri-cm9@moe-dl.edu.my