PENGENALAN
Pertandingan JUNIOR STEM CODING CHALLENGE merupakan yang pertama seumpamanya di anjurkan oleh Bahagian Sukan Kokurikulum dan Keseniaan (BSKK), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Ia merupakan satu platform di mana kita akan melihat kepelbagaian hasil projek daripada murid-murid sekolah rendah dari seluruh negara.
Tujuan pertandingan ini adalah untuk melihat sejauh mana perkembangan dan kefahaman murid-murid terhadap ilmu coding serta corak pemikiran kritis dan KBAT mereka. Antara kemahiran lain yang boleh dikembangkan adalah penyelesaian masalah, percambahan kreativiti, analisis kritis, kerja berpasukan, komunikasi dan literasi digital. Ia juga selari dengan hasrat kerajaan yang mahu melihat murid kita bersedia ke arah era IR 4.0. Coding juga merupakan asas kepada ilmu kejuruteraan dan robotik. Kelak, murid-murid inilah yang akan mencorakkan kemajuan negara di masa hadapan.
OBJEKTIF
Mencungkil bakat murid-murid di dalam bidang pengaturcaraan.
Memperkembangkan potensi dan kemahiran menganalisa masalah seterusnya menyelesaikan permasalahan tersebut.
Meningkatkan kemahiran komunikasi dan kemahiran sosial dalam proses pembangunan projek.
Mengembangkan kebolehan murid dalam bidang Sains, Kejuruteraan dan Matematik ke platform yang lebih tinggi.
Meningkatkan dan mengembangkan minat murid dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) melalui cabang pengaturcaraan.
Meningkatkan kemahiran komunikasi dan kemahiran sosial dalam proses pembangunan projek.
TEMA
STEM Adventure games ( PERMAINAN)
Anda diminta untuk membina satu permainan daripada perisian SCRATCH bertemakan STEM Adventure. Versi scratch yang digunakan adalah bebas, sama ada versi 2.0 atau versi 3.0.
Gunakan segala ilmu pengetahuan yang telah dipelajari dalam subjek TMK dan RBT.
Permainan yang dibina perlu ada pelbagai PERINGKAT CABARAN DAN TAHAP KESUKARAN SUPAYA ia lebih seronok dimainkan.
Projek ini boleh dilaksanakan dalam kumpulan maksima 3 orang dengan bantuan seorang guru pembimbing.
Topik STEM yang dikaitkan boleh daripada bidang Sains, Matematik, Teknologi, Kejuruteraan ataupun gabungan dua atau lebih bidang yang telah disebutkan.
SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN
Pertandingan ini terbuka kepada murid-murid sekolah rendah bantuan kerajaan persekutuan. Murid dari sekolah bantuan kerajaan negeri dibenarkan menyertai pertandingan ini di peringkat daerah dan negeri atas dasar jemputan.
Pertandingan ini melibatkan murid tahun 4, 5 dan 6 atau gabungan tahun 4, 5 dan 6 pada tahun 2021.
Setiap pasukan minimum seorang dan maksimum 3 orang.
Sekiranya berkumpulan setiap penyertaan terdiri daripada 3 orang murid dan seorang guru mentor (pembimbing).
Ahli pasukan mestilah dari sekolah yang sama.
Sijil penyertaan disediakan kepada setiap peserta pertandingan. Nama yang tertera pada sijil berdasarkan ejaan sewaktu pendaftaran dalam talian.
Pertukaran ahli kumpulan selepas pendaftaran tidak dibenarkan.
Tarikh tutup pendaftaran ialah pada (ditentukan oleh JPN masing-masing).
Projek mesti selari dengan tema pertandingan.
Pertandingan peringkat negeri akand dijalankan secara dalam talian. Peserta perlu menghantar source code, dokumentasi dan video rakaman projek (berdurasi tidak lebih 5 minit) SEBELUM tarikh ditetapkan oleh JPN masing- masing.
Permainan yang dihasilkan mestilah bersifat baharu. Bagi permainan yang telah dipertandingkan dan memenangi sebarang anugerah mesti melakukan pengubahsuaian ke atas projek berkenaan.
Keputusan hakim adalah muktamad. Sebarang aduan tidak akan dilayan.
SLIDE PEMBENTANGAN SILA DOWNLOAD
Semua pendaftaran mesti dibuat melalui dalam talian.
Semua butiran dalam borang pendaftaran dalam talian mesti disisi dengan lengkap dan betul.
Pautan projek mesti hantar melalui google form yang disediakan oleh penganjur.
Peserta diminta untuk menggunakan akaun email moe (DELIMa) untuk mengakses borang dalam talian.
Pengelola peringkat negeri berhak untuk menolak mana-mana penyertaan yang tidak lengkap atau lewat.
HUBUNGI KAMI
SEBARANG PERTANYAAN SILA HUBUNGI;
URUSETIA PERTANDINGAN STEM ONLINE CHALLENGE,
UNIT PEMBANGUNAN BAKAT MURID,
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SEMBILAN.
NO TELEFON : 06 7653497 / 013 8550253 (PN. BALQIS - PENOLONG PENGARAH UPBM, JPNS)
NO TELEFON PENGERUSI TEKNIKAL : 011 12358429 (TUAN HAFEEZ)
EMEL : jpn-negeri-cm9@moe-dl.edu.my