Bridge Building Competition adalah pertandingan anjuran Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian (BSKK) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan kerjasama semua Jabatan Pendidikan Negeri (JPN). Pertandingan ini merupakan platform dalam mengetengahkan serta mencungkil bakat, kreativiti dan memberi pendedahan kepada murid-murid sekolah rendah tentang ilmu reka bentuk, teori-teori dalam kejuruteraan fizik (konsep asas pembinaan) dan memupuk minat murid dalam mata pelajaran sains serta reka bentuk dan teknologi. Pertandingan ini juga bertujuan menggalakkan kreativiti serta percambahan minda dalam menghasilkan inovasi yang dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Kemahiran yang dapat dikembangkan melalui pertandingan ini meliputi penyelesaian masalah, membuat penyelidikan, kreativiti, analisis kritis, kerja berpasukan, komunikasi, dan literasi digital.
Memberi peluang kepada murid untuk meneroka pembelajaran di luar bilik darjah dan meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT).
Untuk meningkatkan kemahiran praktikal murid dan mendorong kreativiti dalam menghasilkan projek binaan.
Mengasah kemahiran murid dalam membuat penyelidikan saintifik konsep binaan mengikut kaedah dan prosedur yang betul.
Memupuk minat murid dalam mata pelajaran Sains dan Rekabentuk & Teknologi (RBT) berunsurkan STEM.
Meningkatkan dan mengembangkan minat murid dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).
Meningkatkan peratus penglibatan murid dalam aktiviti kokurikulum dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).
Meningkatkan kemahiran komunikasi dan kemahiran sosial dalam proses pembangunan projek.
Pertandingan ini terbuka kepada murid-murid sekolah rendah bantuan kerajaan persekutuan. Murid dari sekolah bantuan kerajaan negeri dibenarkan menyertai pertandingan ini di peringkat daerah dan negeri atas dasar jemputan.
Pertandingan ini terbuka kepada murid tahun 4, 5 dan 6 atau gabungan tahun 4, 5 dan 6 pada tahun 2021 dan peserta mestilah warganegara Malaysia.
Setiap pasukan minimum seorang dan maksimum 3 orang.
Sekiranya berkumpulan setiap penyertaan terdiri daripada 3 orang murid dan seorang guru mentor (pembimbing).
Ahli pasukan mestilah dari sekolah yang sama.
Sijil penyertaan disediakan kepada setiap peserta pertandingan. Nama yang tertera pada sijil berdasarkan ejaan sewaktu pendaftaran dalam talian.
Pertukaran ahli kumpulan selepas pendaftaran tidak dibenarkan.
SLIDE PEMBENTANGAN SILA DOWNLOAD
Semua pendaftaran mesti dibuat melalui dalam talian.
Semua butiran dalam borang pendaftaran dalam talian mesti disisi dengan lengkap dan betul.
Pautan projek mesti hantar melalui google form yang disediakan oleh penganjur.
Peserta diminta untuk menggunakan akaun email moe (DELIMa) untuk mengakses borang dalam talian.
Pengelola peringkat negeri berhak untuk menolak mana-mana penyertaan yang tidak lengkap atau lewat.
SEBARANG PERTANYAAN SILA HUBUNGI;
URUSETIA PERTANDINGAN STEM ONLINE CHALLENGE,
UNIT PEMBANGUNAN BAKAT MURID,
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SEMBILAN.
NO TELEFON : 06 7653497 / 013 8550253 (PN. BALQIS - PENOLONG PENGARAH UPBM, JPNS)
NO TELEFON PENGERUSI TEKNIKAL : 011 12358429 (TUAN HAFEEZ)
EMEL : jpn-negeri-cm9@moe-dl.edu.my