ZON
BANGSAR
GRED SEKOLAH
A
SESI PERSEKOLAHAN
1 SESI
KATEGORI PERSEKOLAHAN
SK
KOD SEKOLAH
WBA0037
TELEFON
(PEJABAT)
+603-2094 8350
FAX
+603-2096 2092
WBA0037@moe.edu.my
ISNIN - KHAMIS
8.00 am - 1.00 pm
2.00 pm - 4.00 pm
JUMAAT
8.00 am - 12.00 pm
2.45 am - 4.00 pm
Bilangan Murid : 1268
Bilangan Guru : 73
Bilangan AKP : 4
Bilangan Kelas: 36
MEDIA SOSIAL RASMI SKBD
FACEBOOK : www.facebook.com/mediaskbd INSTAGRAM : instagram.com/mediaskbd YOUTUBE : www.youtube.com/MEDIASKBD
SKBD DI HATI
GURU-GURU SKBD
INFO SEMASA
SELAMAT KEMBALI KE SKBD 2023/2024
Selamat Datang & Selamat Kembali Ke SK Bukit Damansara 23/24
Murid-murid dan ibu bapa telah disambut dengan cerianya oleh pihak sekolah yang diketuai oleh Guru Besar, Pn Rohani Bt Abd Rahman di pintu pagar utama (2) .
Murid-murid dan ibu bapa kelihatan gembira dan teruja untuk memulakan sesi persekolahan baharu disamping kemunculan istimewa dua maskot yang comel turut bersama mengalu-alukan kedatangan mereka.
Turut hadir bersama bagi meraikan sesi pembukaan semula sekolah ialah YDP PIBG, Pn Soraya Malik.
Sesi persekolahan bermula dengan perhimpunan pagi seterusnya pelancaran Menu Rahmah @ SKBD oleh Pn Thilagam A/P G. Shanmugam,
Pegawai Perhubungan Sekolah
PPD Bangsar Pudu.
Berikutnya murid bergerak ke kelas masing-masing bagi menjalankan aktiviti-aktiviti yang telah dirancang oleh pihak sekolah.
Semoga permulaan yang baik ini menjadi pemangkin kecemerlangan skbd 2023/2024.
Pasukan Sorak SKBD, SKBD Lynx akan membuat ambilan baharu bagi sesi 2023/2024 sebagaimana maklumat yang tertera dalam poster.
SKBD Lynx telah menyertai banyak pertandingan dan memperoleh pelbagai kejayaan di dalam negara mahupun luar negara.
Jom sertai SKBD Lynx 2023 sekarang!
11 Mac 2023
Sekolah Kebangsaan Bukit Damansara telah diiktiraf School Award 2022 for being the Top Scoring Schools in Malaysia dalam majlis Pandai Award Ceremony 2022 yang berlangsung di Auditorium Akademi Pengajian Islam (APIUM), Universiti Malaya.
Guru Besar, Pn Rohani Abd Rahman dan GPK HEM, En Amran Shamsudin telah hadir dan menerima anugerah tersebut.
Warga SK Bukit Damansara sangat berbangga dengan pencapaian ini. Semoga SKBD akan terus cemerlang sejajar dengan #cemerlangskbd.
Syabas!
17 Mac 2023
Sekolah Kebangsaan Bukit Damansara telah mengadakan Program Orientasi dan Taklimat Tahun 1 bagi sesi 2023/2024.
Seawal jam 7.30 pagi ibu bapa dan penjaga telah disambut oleh guru SKBD. Murid-murid telah disediakan aktiviti untuk dijalankan manakala ibu bapa serta penjaga berada di Dewan Sri Bestari SKBD bagi sesi taklimat pengenalan sekolah, peraturan , disiplin dan sebagainya.
Murid-murid juga telah diagihkan buku teks yang bakal digunakan apabila sesi persekolahan bermula kelak.
Warga SKBD berbesar hati untuk menerima murid Tahun 1 baharu bagi sesi 2023/2024. Didoakan agar anak-anak murid semua gembira dan seterusnya menjadi murid yang berjaya serta cemerlang.