Program pengurusan jenazah ini merupakan program bagi murid Tahun 6 sebagai pengisian aktiviti selepas Peperiksaan UPSR. Program ini dijalankan bagi memberi pendedahan kepada murid-murid Tahun 6 tentang bagaimana untuk menguruskan jenazah dan bagaimana untuk mengendalikannya. Program ini sangat bermanfaat dan mendapat pujian dan sokongan daripada ibu bapa. Tahniah SKBD !