OBJEKTIF UNIT KOKURIKULUM :
Membina dan mengukuhkan ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam semua aktiviti kokurikulum dan sukan.
Membina dan mengukuhkan kemahiran kepimpinan dalam kalangan murid agar menjadi pemimpin yang berwibawa dalam aktiviti kokurikulum.
Memperkembangkan potensi dan bakat murid ke arah peningkatan pencapaian kokurikulum dan sukan pada peringkat tertinggi.
Daftar sekali sahaja sepanjang persekolahan (Kekal hingga Tingkatan 5 :
Pasukan Badan Beruniform (PBB)
Rumah Sukan
Daftar pada setiap tahun :
Kelab/Persatuan (KP)
Sukan/Permainan (SP)
Setiap hari RABU
7.30 - 10.30 pagi
12 kali setiap unit (PBB, KP & SP)
Semasa perjumpaan kokurikulum (7.30-10.30 pagi) :
T-shirt sukan, seluar trek, tudung putih (murid perempuan) dan kasut sekolah (Perjumpaan KP, SP)
Uniform PBB lengkap atau separa lengkap (Perjumpaan PBB)
Setiap hari Rabu dan Isnin minggu ketiga (1.15-6.45 petang) :
Uniform PBB lengkap (bertali pinggang bagi lelaki) atau
Uniform PBB separa lengkap [Tshirt PBB + seluar PBB (bertali pinggang bagi lelaki) + Tudung PBB (perempuan)]
DILARANG MEMAKAI TSHIRT PBB + SELUAR TREK