Dibuat setelah sesi persekolahan tahun 2021 dibuka dan agihan adalah mengikut jadual.
Borang nombor perolehan akan dikepil bersama semasa mengambil buku teks untuk diisi nombor perolehan setiap buku teks. (Contoh borang seperti dibawah)
Adalah dengan hormatnya dimaklumkan bahawa murid mestilah mematuhi peraturan pinjaman yang ditetapkan oleh UNIT SPBT SMKBTK sebagaimana berikut:
BUKU- BUKU TEKS TINGKATAN 1
1. Menulis nama dan kelas di ruang yang disediakan untuk peminjam pada setiap buku. (Rujuk contoh dibawah).
2. Membalut buku teks dengan pembalut plastik lutsinar.
3. Membaik pulih buku teks jika rosak sepanjang dalam tempoh pinjaman.
4. Tidak merosakkan / menconteng/ mengoyakkan helaian buku teks, sentiasa memastikan buku teks berada dalam keadaan baik dan selamat.
5. Tidak meninggalkan buku teks dimerata tempat dan bilik darjah selepas waktu sekolah atau cuti sekolah.
6. Tidak memberi pinjaman/ berkongsi buku teks dengan murid lain.
7. Menggantikan buku teks yang hilang dengan buku yang baru.
8. Memulangkan buku teks dalam keadaan baik dan mengikut jadual yang ditetapkan oleh unit SPBT.
Contoh: Borang nombor perolehan buku teks. Borang ini hendaklah diisi di rumah dan dikembalikan semula kepada guru kelas. Setiap buku teks mempunyai nombor perolehan yang berbeza.
Contoh: Ruang nama peminjam yang perlu ditulis oleh murid pada kulit belakang buku teks.