PERATURAN PEMAKAIAN
Pakaian sekolah untuk murid lelaki dan perempuan adalah mengikut ketetapan Kementerian Pendidikan mengikut Pekeliling Iktisas Bil 2/1978 dan Bil 4/2020
TATACARA PEMAKAIAN
MURID LELAKI
1. Baju
Baju kemeja berwarna putih (cotton) tanpa corak, poket satu di kiri dan tidak tertutup.
Isnin-Khamis - kemeja putih berlengan pendek (jika tiada PJPK) dan memakai tali leher berlogo sekolah.
Rabu - baju unit beruniform lengkap atau separa lengkap.
Jumaat- digalakkan memakai baju melayu putih sepasang, sampin SMKBTK dan bersongkok hitam.
Baju PJPK (warna maroon dibeli di koperasi sekolah) hanya dipakai jika ada subjek PJPK.
Baju sentiasa dimasukkan ke dalam seluar (tuck in).
Bagi yang memakai kemeja berlengan panjang hendaklah dikenakan butang di pergelangan tangan.
Murid hanya dibenarkan memakai singlet atau T-shirt putih tanpa corak di dalam kemeja.
Baju yang terlalu kecil / ketat TIDAK DIBENARKAN
2. Seluar
Seluar panjang berwarna hijau lumut (dark olive).
Labuh seluar hendaklah mencecah kasut dan tidak melebihi tumit kasut apabila berdiri.
Buka kaki seluar hendaklah di antara 41 sm – 51 sm.
Seluar panjang trek berwarna biru gelap atau hitam dipakai bersama dengan baju PJPK.
Seluar potongan ’bell-bottom’/ jeans / kaki kecil / ketat TIDAK DIBENARKAN.
3. Tali leher
Hanya tali leher SMKBTK benarkan(boleh dibeli di koperasi sekolah).
Panjang tali leher yang dipakai hendaklah dalam keadaan mencecah kepala tali pinggang
4. Tali pinggang
Hanya tali pinggang kanvas berwarna hijau, tidak bercorak di kepalanya dibenarkan.
5. Tanda nama dan lencana sekolah
Tanda nama hendaklah dijahit di sudut kiri bahagian atas poket baju.
Lencana sekolah hendaklah dilekatkan dengan kemas samada dijahit atau diseterika atas poket baju sebelah kiri.
NOTA: Kemeja murid lelaki tiada line di bahagian tengah BUKAN seperti gambar di atas.
MURID PEREMPUAN
6. Baju
Baju kurung putih dan kain biru muda (cotton).
Baju kurung dari jenis kain licin, berkilat, tipis dan berfesyen TIDAK DIBENARKAN.
Pada hari Jumaat, murid adalah digalakkan memakai baju kurung putih sepasang, berkain sarung (boleh dibeli di koperasi SMKBTK)
7. Tudung
Murid Islam diwajibkan memakai tudung putih tanpa renda atau sulam.
Tudung yang singkat menampakan dada TIDAK DIBENARKAN
UMUM
8. Kasut
Pemakaian kasut murid merujuk SPI KPM Bil. 4 tahun 2020
Kasut kanvas hitam atau putih dipakai semasa waktu persekolahan (kasut hitam berstokin hitam/ kasut putih berstokin putih).
Kasut berbelang–belang / sandal/ selipar / kasut sukan / potongan ’boot’ TIDAK DIBENARKAN dipakai pada waktu persekolahan, acara rasmi, atau mengikuti rombongan sekolah.
9. Stokin
Murid mesti memakai stokin mengikut warna kasut.
Tinggi stokin hendaklah sekurang-kurangnya 4 sm dari atas buku lali.
Stokin pendek dan bercorak TIDAK DIBENARKAN.
10. Tanda nama dan lencana sekolah
Tanda nama dijahit pada tudung atas dada sebelah kiri.
Lencana sekolah hendaklah dilekatkan dengan kemas samada dijahit atau diseterika pada bahagian kiri tudung.(rujuk lampiran)
11. Baju PJPK
Baju PJPK berlengan panjang (warna marron)
Seluar trek berwarna biru gelap atau hitam .
Seluar potongan ’bell-bottom’/ jeans / kaki kecil / ketat TIDAK DIBENARKAN.
12. Rambut
Sila rujuk Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 2/1976 – Potongan Rambut Murid-Murid
MURID LELAKI
Rambut mesti sentiasa pendek dan tidak mencecah kolar baju.
Bahagian belakang tebal dan panjang ekor pipit (sideburn) 2 cm sahaja.
Rambut mesti disapu minyak dan disikat kemas.
Membotakkan kepala adalah DILARANG.
Rambut yang berfesyen seperti ’punk’ atau ’spike’/ diwarnakan /dilunturkan / berjuntai di dahi adalah DILARANG.
Misai, janggut dan jambang TIDAK DIBENARKAN.
MURID PEREMPUAN (bagi murid bukan islam)
Rambut adalah pendek. Jika panjang mestilah diikat / didandan dengan reben hitam / putih / biru.
Rambut tidak boleh menutupi bahagian muka.
Rambut yang berfesyen dan berwarna adalah DILARANG.
Rambut mesti kemas dan bersih.
Bulu kening tidak boleh dicukur atau dicabut.
TATATERTIB DI SEKOLAH
Semua murid dikehendaki berada di dalam kelas pada setiap masa kecuali waktu rehat (untuk membeli di kantin),atau menghadiri kelas di makmal dan bengkel
Semua pelajar tidak dibenarkan berada di bilik-bilik khas tanpa kebenaran guru.
Semua pelajar dikehendaki berbaris dan bergerak dalam barisan apabila pembelajaran dijalankan di luar kelas.
TEMPAT BERKUMPUL
Murid akan berkumpul di dewan bagi pelajar lelaki dan di susur gajah bagi pelajar perempuan
Semua pelajar dimestikan meninggalkan kawasan sekolah apabila waktu persekolahan tamat.
Semua pelajar dimestikan menghadiri perhimpunan rasmi sekolah 10 minit sebelum waktu perhimpunan.
MENEPATI MASA
Semua pelajar dimestikan hadir ke sekolah selewat-lewatnya 20 minit sebelum waktu persekolahan.(hari Isnin-Khamis 12.50 dan Jumaat 2.00 petang)
JENIS-JENIS KESALAHAN (SSDM)
YANG SERING DILAKUKAN
Kumpulan 1 (tingkah laku jenayah)
Memeras ugut
Berjudi
Terlibat dengan dadah
Bergaduh/memukul guru,rakan,kaki tangan
Mencuri
Kumpulan 2 (tingkah laku lucah)
Membaca,menunjuk dan menyebarkan bahan-bahan
atau gambar lucah
Mengintai pelajar
Bercumbu-cumbuan
Menggunakan kata-kata lucah
Melukis dan menulis kata-kata lucah
Kumpulan 3 (tingkah laku anti sosial)
Merosakkan harta benda sekolah
Mencemarkan kebersihan kawasan atau bangunan sekolah
Menggangu pdpc
Kumpulan 4 (Kekemasan diri)
Berkuku panjang
Berambut panjang
Rambut berfesyen
Memakai pakaianntidak mengikut peraturan
Memakai alat solek
Kumpulan 5 ( tingkah laku tidak sopan/biadap)
Tidak menghormati/biadap dengan guru
Ingkar arahan guru/pengawas
Berkelakuan kasar dengan murid
Berbahasa kesat
HUKUMAN
Tujuan-
Mencegah berlakunya salah laku dan perbuatan melanggar disiplin
Memperbaiki sikap
Mendatangkan kesedaran dan keinsafan
Bentuk Hukuman
Amaran
Hukuman rotan (bersifat mencegah)
Diasingkan sementara
Penggantungan (Sabit kesalahan yang serius berulang kali dan tidak berubah)
Buang sekolah
RUJUKAN