HARMONI
HARMONI
Harmoni adalah gabungan dua atau lebih not yang dibunyikan bersama. Gabungan not-not ini membentuk kord. Kegunaan kord adalah untuk mengiringi melodi. Bunyi yang harmoni juga boleh didengar dalam lagu/nyanyian apabila sesuatu lagu itu digubah kepada beberapa lapisan suara. Contohnya dalam koir, lapisan suara atau melodi digubah berasaskan kord iringan sesebuah lagu. Lazimnya lapisan suara digubah sehingga empat lapisan iaitu lapisan Soprano, Alto, Tenor dan Bass. Jika hanya memainkan satu bunyi dalam lagu ia dikenali sebagai unison. Frasa-frasa di dalam sesebuah lagu itu diharmonikan supaya lagu tersebut menjadi lebih menarik dan sedap didengar.
Contoh lagu