PENGENALAN WARNA
PENGENALAN WARNA
Warna adalah salah satu unsur seni yang paling penting. Warna boleh mencipta emosi, memberi kesan kepada perasaan, dan menambah kehidupan dalam karya seni.
Dalam seni visual, warna terbahagi kepada 3 jenis, iaitu:
1. Warna Asas/Primer
2. Warna Sekunder
3. Warna Tertier
Warna asas terdiri daripada warna biru, merah dan kuning.
Warna asas ialah warna utama yang tidak boleh dihasilkan melalui campuran warna lain, tetapi boleh menghasilkan warna sekunder dan warna tertier.
Warna Sekunder
Warna sekunder terdiri daripada warna hijau, jingga dan ungu.
Warna sekunder terhasil daripada campuran 2 warna asas.
Warna Asas + Warna Asas = Warna Sekunder :
Kuning + Biru = Hijau
Biru + Merah = Ungu
Merah + Kuning = Jingga
Warna tertier terhasil daripada campuran 1 warna asas dengan 1 warna sekunder.
Warna Asas + Warna Sekunder = Warna Tertier :
Biru + Ungu = Biru-Ungu
Merah + Ungu = Merah-Ungu
Merah + Jingga = Merah-Jingga
Kuning + Jingga = Kuning-Jingga
Kuning + Hijau = Kuning-Hijau
Biru + Hijau = Biru-Hijau
Warna neutral merupakan warna yang tidak tergolong dalam kategori warna asa, warna sekunder dan warna tertier.
Warna neutral terdiri daripada warna putih dan hitam atau campuran kedua-duanya.
Ton Warna
Warna neutral boleh menghasilkan ton warna iaitu melalui campuran sesuatu warna dengan warna putih atau warna hitam.
Warna yang dicampur dengan warna hitam menjadi ton yang lebih gelap dan warna yang dicampur dengan warna putih akan menjadi ton yang lebih cerah.
KLIK DIBAWAH ⬇️