Jalinan ialah sifat permukaan yang terdapat pada permukaan sesuatu objek dan boleh dikesan secara penglihatan (tampak) atau sentuhan. Jalinan terdapat pada permukaan objek alam sekeliling dan juga objek buatan manusia. Setiap jalinan mempunyai fungsi dan nilainya yang tersendiri.
Jalinan terbahagi kepada 2 jenis, iaitu:
1. Jalinan Tampak
2. Jalinan Sentuh
Jalinan tampak ialah jenis jalinan yang hanya dapat dilihat tetapi tidak dapat dirasa melalui sentuhan.
Jalinan ini b0leh dilihat secara ilusi (2D) pada alam benda dan karya seni.
Contoh : Kulit tembikai, kulit buku, batik dan sebagainya
Jalinan Sentuh ialah jenis jalinan yang dapat dikesan melalui deria sentuhan.
Bersifat 3D
Contoh : Permukaan tayar kereta, tapak kasut, kulit buah durian, kulit kayu, permukaan jalan raya dan sebagainya.
CONTOH:
Harimau belang mempunyai kulit yang berbulu halus lembut dan menyerupai warna tumbuh-tumbuhan.
Corak pada tayar kereta adalah untuk memberi kestabilan dan cengkaman.
CONTOH:
Jalinan corak pada tekstil adalah untuk menarik minat dan kesesuaian kepada pemakai seperti baju, kain dan tali leher.
Hiasan permukaan tembikar.
KLIK DIBAWAH ⬇️