Bentuk ialah lanjutan daripada pemahaman rupa. Bentuk mempunyai keluasan, ketinggian, jisim dan biasanya bentuk mempunyai lebih daripada satu permukaan. Bentuk mempunyai struktur dalaman. Gabungan daripada rupa dapat menghasilkan bentuk.
Bentuk terdiri daripada 2 jenis, iaitu :
1. Bentuk Konkrit
2. Bentuk Ilusi
Bentuk adalah bersifat tiga dimensi (3D).
Bentuk mempunyai luas, tinggi, isi padu dan jisim.
Bentuk konkrit merujuk sesesuatu bentuk atau objek sebenar.
Bentuk dapat disentuh dan dipegang.
Bentuk dapat dilihat dari pelbagai sudut.
Bentuk dapat dihasilkan melalui pelbagai teknik, iaitu binaan, cantuman, ukiran, anyaman dan sebagainya.
Bersifat dua dimensi (2D).
Dihasilkan di atas permukaan yang rata seperti kertas lukisan.
Dihasilkan melalui olahan unsur seni seperti garisan, rupa, jalinan, ton dan warna.
Dihasilkan melalui teknik catan, cetakan dan gambar foto.
Bentuk ilusi hanya dapat dikesan melalui deria mata.
Bentuk ilusi tidak wujud dalam bentuk sebenar.
BOLA
MEJA
KERETA
BANGUNAN
LUKISAN
CETAKAN
FOTO
CATAN
KLIK DIBAWAH ⬇️