PENGENALAN SOLAT JENAZAH
PENGENALAN SOLAT JENAZAH
Solat jenazah, iaitu salah satu ibadah fardu kifayah dalam Islam. Solat jenazah dilakukan ke atas umat Islam yang telah meninggal dunia sebagai tanda penghormatan terakhir dan doa agar Allah mengampunkan dosanya. Berbeza dengan solat lain, solat jenazah tidak mempunyai rukuk dan sujud, tetapi dilakukan dengan empat takbir serta bacaan-bacaan khusus. Melalui pembelajaran ini, murid dapat memahami cara, syarat, dan kepentingan solat jenazah dalam kehidupan seorang Muslim, serta menanamkan rasa tanggungjawab terhadap sesama umat Islam