Google Sites ini dibangunkan sebagai platform pembelajaran interaktif bagi topik Solat Jenazah dalam mata pelajaran Pendidikan Islam Tahun 6. Melalui laman ini, murid dapat mengenal pasti tujuan, hukum, rukun dan tatacara solat jenazah dengan lebih mudah dan menarik. Aktiviti, video dan kuiz yang disediakan akan membantu murid memahami cara pelaksanaan solat ini dengan betul serta menanam rasa kasih sayang, hormat dan tanggungjawab terhadap sesama umat Islam. Jom kita pelajari dan hayati bersama ibadah yang penuh makna ini!