GALERI AKTIVITI
GALERI GURU-GURU BAHASA MELAYU
Sistem Pengurusan Pembelajaran (LMS) ini dibangunkan secara terancang dan sistematik dalam laman web ini, iaitu Objek Pembelajaran Digital (OPD) bagi subjek Bahasa Melayu. OPD yang dibangunkan bertujuan untuk menyokong pelaksanaan pengajaran mikro bagi mata pelajaran yang akan diajar, dengan mengaplikasikan kemahiran mengajar melalui pendekatan, kaedah, strategi, teknik, dan aktiviti pembelajaran yang bermakna.
Secara individu anda dikehendaki membangunkan satu Objek Pembelajaran Digital (OPD). OPD yang dibangunkan akan digunakan untuk membantu pelaksanaan pengajaran mikro mata pelajaran yang akan diajar dengan mengaplikasikan kemahiran mengajar menggunakan pendekatan, kaedah, strategi, teknik dan aktiviti pembelajaran bermakna.
Persekitaran pembelajaran harus dibangunkan berdasarkan pemahaman terhadap kerangka TPACK (Technological, Pedagogical and Content Knowledge). Pelajar dinasihati untuk mengintegrasikan pelbagai elemen multimedia, aktiviti pembelajaran yang kreatif dan inovatif serta sumber dan objek pembelajaran digital yang memenuhi keperluan pelbagai gaya pembelajaran pelajar.