Berikut adalah ringkasan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) bagi pembelajaran vokal. Guru boleh mengakses dan memuat turun RPH lengkap dengan mengklik butang di bawah.
Berikut adalah ringkasan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) bagi pembelajaran vokal. Guru boleh mengakses dan memuat turun RPH lengkap dengan mengklik butang di bawah.
Mata Pelajaran: Bahasa Melayu
Tarikh: 5 Januari 2025
Masa: 8:30 - 9:30 pagi
Kelas: 1 Arif
Standard Kandungan:
1.1 Mendengar dan memberikan respons
Standard Pembelajaran:
1.1.1 Mengajuk dan menyebut perkataan, frasa, dan ayat dengan pelbagai bunyi vokal
Murid dapat menyebut, mengajuk, dan membaca perkataan, frasa serta ayat yang mengandungi bunyi vokal dengan sebutan dan intonasi yang betul.
Aras Rendah : Menyebut sekurang-kurangnya tiga perkataan dengan bunyi vokal yang betul.
Aras Sederhana: Mengajuk dan menyebut sekurang-kurangnya tiga frasa/ayat dengan sebutan yang jelas.
Aras Tinggi: Membaca teks pendek dengan betul dan menjawab sekurang-kurangnya tiga daripada lima soalan pemahaman
Sistem Bahasa: Tatabahasa, sebutan, intonasi, kosa kata (ekor, obor).
Nilai Murni: Kasih sayang, kerjasama, baik hati, rajin.
Kemahiran Berfikir: Mengecam, mengenal pasti.
Kad imbas, buku teks, lembaran kerja, komputer, video, latihan pemulihan, pengukuhan dan pengayaan.
Set Induksi (5 minit):
Murid meneka huruf vokal melalui kad bergambar dan sesi soal jawab.
Langkah 1 (15 minit):
Murid menonton video dan menyebut huruf vokal dengan sebutan fonetik yang betul.
Langkah 2 (15 minit):
Murid menyebut perkataan berdasarkan kad gambar dan mengecam huruf vokal.
Langkah 3 (20 minit):
Aktiviti Padanan: Mengisi huruf vokal dalam perkataan.
Aktiviti Pemulihan (Wordwall): Padanan huruf vokal dan gambar.
Aktiviti Pengukuhan (Kahoot): Kuiz berkaitan vokal.
Aktiviti Pengayaan (Educaplay): Membina ayat berdasarkan perkataan vokal.
Penutup (5 minit):
Guru membuat rumusan, bertanya soalan kepada murid, dan memberi pujian.
Refleksi: Murid menunjukkan pemahaman melalui aktiviti interaktif dan berjaya mengenal pasti serta menyebut bunyi vokal dengan baik.
Penilaian:
✔ Kuiz digital di Kahoot, Wordwall, dan Educaplay
✔ Sebutan huruf vokal yang betul dalam perkataan